KRITIKAN. KRIK KRIK KRIK.

GLAM Lelaki - - KATA EDITOR - GL

Komuniti fesyen adalah satu kelompok yang amat kritikal. Baik menyentuh koleksikol­eksi yang dibentangk­an setiap musim, trend-trend yang menjadi viral, rupa paras model-model, tata gaya sesuatu editorial, wajah-wajah yang menghiasi sampul depan suatu majalah... everybody has an opinion about everything. Itulah ragam suatu industri atau cabang kerja yang melibatkan kreativiti. Sebagaiman­a Kerana kreativiti itu amat subjektif – ‘cantik’ atau ‘hodoh’ di mata seseorang itu dipengaruh­i oleh faktor-faktor seperti prejudis peribadi, norma sosial dan pemahaman aturan estetika. Apa yang aku suka, mungkin kamu tak suka.

Sudah 15 tahun berkecimpu­ng dalam industri penerbitan, aku sedar pada hakikat bahawa you can never please everybody.

Itu realiti kerja, malah juga realiti hidup. Dalam perbualan aku bersama pereka Tengku Syahmi, penghias muka depan edisi bulan lalu, kami berkongsi pendapat bahawa selagi kita yakin dan bangga dengan kerja yang kita hasilkan, itu sudah memadai. Reaksi orang luar adalah di luar kawalan. Memang kita mengharapk­an respon yang positif, tapi kalau sebaliknya terjadi, tawakal je.

Setiap seorang punya hak untuk berpendapa­t. Aku sendiri punya banyak pendapat, about everything. Cuma yang aku belajar (pabila usia makin lanjut ni), adalah lebih bermanfaat untuk

meluahkan kritikan yang bernas dan membina, bukan sekadar menghina. Kerana more often than not, cara kita mengkritik mencermink­an diri kita sendiri, bukan yang dikritik.

Topik ini bermain di otak aku setelah menonton beberapa siri realiti yang menampilka­n karakter-karakter yang bukan saja suka menghina (dalam kata lain ‘bitchy’), malah cukup bangga dengan kecenderun­gan mereka untuk menjatuhka­n air muka atau memperleke­hkan hasil titik peluh orang lain. Jujurnya, aku tak kisah jika seseorang itu sentiasa bersikap sinis atau kritikal – just as long as they have substance. Ada hujah. Bukan setakat tin kosong yang bising je lebih. Cuma bila merenung landskap budaya yang semakin diterajui amarah dan kata-kata kejam, sesetengah pihak semakin berasa skeptik terhadap

Pun begitu, aku punya kepercayaa­n terhadap the goodness of humanity. Mengambil contoh bakatbakat sampul depan bulan ini, misalnya (ms. 54). Pabila ditanya apakah antara kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang model, selain semestinya comes with the territory, rata-rata mereka menjawab, “Be kind.” “Be nice.” “Buat baik terhadap orang lain.” Dan ini adalah luahan daripada warga model yang memang sebahagian besar daripada pengalaman kerja mereka adalah untuk berdepan dengan kritikan. Dan mungkin itu respon terbaik pabila menerima kritikan. Be nice. Biarkan je. Krik krik. Kerana kita tak boleh mengawal orang lain, tapi kita boleh mengawal reaksi kita terhadap mereka. So, buat baik.

“SETIAP SEORANG PUNYA HAK UNTUK BERPENDAPA­T. CUMA ADALAH LEBIH BERMANFAAT UNTUK MELUAHKAN KRITIKAN YANG BERNAS, BUKAN SEKADAR MENGHINA. KERANA CARA KITA MENGKRITIK ITU MENCERMINK­AN DIRI KITA SENDIRI, BUKAN YANG DIKRITIK.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.