SIGNATUR BELGRAVE DUNHILL

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Memperkena­lkan koleksi Belgrave, koleksi barangan kulit baharu yang menawarkan kemewahan dalam gaya kehidupan harian. Mengetenga­hkan hasil ketukangan kontempora­ri Dunhill dan perhatian kepada perincian, setiap barangan diperbuat daripada kulit anak lembu yang lembut dengan perincian besi dan ukiran yang mengetenga­hkan sifat signatur rumah fesyen tersebut. Dengan reka bentuk baru dan teguh, koleksi ini menawarkan himpunan aksesori yang lebih relaks yang terdiri daripada bekas dokumen, pouch, briefcase, beg tote, beg galas, serta barangan kulit kecil termasuk dompet, bekas kad dan lanyard. Kesemua produk dihadirkan dalam dua rona, hitam dan perang gelap. Koleksi ini akan berada di pasaran di butik dan atas talian bermula Ogos 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.