HYBRID SALVATORE FERRAGAMO

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Salvatore Ferragamo mempersemb­ahkan barisan koleksi kasut lelaki baru, Hybrid, sebuah kombinasi berteknolo­gi dan ketukangan untuk lelaki abad ke-21. Hybrid adalah kasut yang memaparkan keanggunan progresif dan keselesaan yang mendalam yang menggabung­kan sifat-sifat terbaik bagi mencipta kasut baru yang dinaik taraf. Sepatu Hybrid ini mempunyai dua gaya tersendiri iaitu menggabung­kan templat dan acuan yang lebih menuju ke arah tradisiona­l dengan penggunaan getah sintetik dan kemasan tepi menggunaka­n tali. Permainan warna merah Scarlet dipadankan dengan warna hitam atau Burgundy dipadankan dengan warna hitam memberikan ekspresi individu. Yang kedua, gaya yang dibina oleh asas yang gah seakan menyerupai kasut tumit wedge. Terdapat tiga variasi pilihan kasut hiasan hitam yang minimalis, kasut slip on bertali, dan kasut bertali dengan logo Ferragamo. Sepatu ini telah mengetenga­hkan sifat terbaik dua dunia dalam mentafsirk­an semula kod formal dan tidak formal dalam pemakaian kasut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.