RINGKAS & SELESA SACCO

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Sacco Man menjadi bual bicara, dengan memakai blazer dan kelihatan kemas dan kacak. Sacco yang diadaptasi dari perkataan German yang memberi maksud ‘blazer’, sememangny­a mengangkat nama tersebut sejak pengenalan koleksi julung mereka, ‘Colori di Napoli’. Sacco percaya dengan moto less is more dan daripada itu terhasilny­a blazer yang punya hanya satu lapisan, tanpa lining dengan struktur yang lebih relaks, dengan lubang lengan yang lebih tinggi, mengikut tradisi Neopolitan, yang terletak kemas. Ia direka di London, diperbuat dari Napoli dan berasal di Singapura, Sacco adalah sebuah jenama global yang memberikan kenyataan berani tentang kualiti dan keaslian blazer mereka. Direka khas untuk cuaca panas dengan fabrik sukar kedut, blazer ini terdapat di dalam jaringan 12 rona berbeza yang sentiasa dikemas kini bersama warna baru bagi setiap musim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.