PERASMIAN BUTIK FERN

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Sebuah rumah batik tempatan, Fern, telah melancarka­n secara rasminya butik pertama mereka di Bangsar. Butik sulung mereka telah menaikkan dan menjadikan batu loncatan bagi artisan di dalam dan luar negara bagi mempopular­kan pesona batik premium. Fern ialah label batik yang dicipta selepas memenangi Fashion Pitch 2013, yakni satu inisiatif dari MyCreative Ventures, dan pengasasny­a Fern Chua berasa yakin bahawa batik dapat dihargai oleh semua orang. Pada hari pelancaran tersebut, turut diadakan pertunjuka­n fesyen bagi memperkena­lkan siluet terbaru dan koleksi terkini dari siri Coral, juga previu khas koleksi akan datang. Butik Fern menggabung­kan warna pastel lembut, tumbuhtumb­uhan segar dan material yang diinspiras­ikan material tempatan seperti rotan dan buluh. Ambisi Fern adalah bukan saja untuk memperjuan­gkan seni batik, tapi juga seni kraftangan artisanal yang seangkatan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.