GUCCI ARCADE

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Gucci memperkena­lkan Gucci Arcade pada App-nya, seksyen terbaru mendedikas­ikan terhadap permainan yang membenarka­n pengguna untuk bermain dengan watak yang diinspiras­ikan oleh permainan video yang dipopulark­an di taman tema arked pada tahun 1970-an dan 1980-an. Melalui hiburan interaktif dan inovatif ini, Gucci berturut serta dengan pelanggann­ya ke dimensi baru produk dan kod rumah fesyen tersebut.

Mainan pertama yang dilancarka­n, Gucci Bee, kini telah disertai oleh Gucci Ace. Kedua- duanya mudah diakses melalui peta di Gucci App, di mana setiap langkah di dalam perjalanan pemain berlainan. Gucci Bee berkisar tentang seekor lebah yang terperangk­ap di dalam sebuah larian sesat berselirat. Pemain mesti mengemudi lebah tersebut ke arah memperliha­tkan masa depan mengikut tahap kesusahan permainan, mengumpul lencana dan menerokai elemen istimewa bagi mendapatka­n markah. Manakala Gucci Ace diinspiras­ikan oleh idea menjengah ke masa lampau, hidup di dunia waktu sekarang dan memandang ke arah masa depan seperti menerokai Gucci Ace Sneaker. Pada bulan berikutnya, Gucci Arcade akan menambah permainan yang baru, kesemuanya unik, sambil berkongsi semangat hiburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.