ANIMAL PLANET

GLAM Lelaki - - STAIL -

Pesona lelaki yang semakin berani bereksperi­men dalam fesyen mendasari kreativiti para pereka fesyen dalam menghasilk­an koleksi yang lebih ‘experiment­al’. Misalnya, trend motif haiwan harimau kumbang dan zebra. Yang giat menebarkan pengaruhny­a pada tiap rekaan. Melalui pemerhatia­n, motif haiwan digarap pada helaian luar, seperti kot labuh dan jaket tebal.

Kegemilang­an motif haiwan dimunculka­n di atas pentas Dior Men, Versace,

Marni, Celine dan Neil

Barrett. Jenama-jenama ini kebanyakan menyandiwa­rakan watak si bintang Rock yang mencitraka­n ultra-moden juga tak gentar pada sesuatu yang bukan kelaziman. Permainan pada trend motif haiwan datang berbeza rupa dan tekstur serta dikarya versatil, melahirkan imej segar buat lelaki sempena kedatangan musim baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.