PENDARATAN KE BULAN OMEGA

MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 PENDARATAN KE BULAN. BUAT JULUNG KALINYA, OMEGA MEMPERTONT­ONKAN PAMERAN KHAS YANG MENGAMBIL LOKASI DI PAVILION KUALA LUMPUR.

GLAM Lelaki - - HOROLOGI - GL

Tanggal 21 Julai 1969, dua angkasawan menjadi manusia pertama yang menjejakka­n kaki di permukaan bulan. Ini adalah hari sekali gus peristiwa penting bagi Neil Armstrong dan Buzz Aldrin keluar dari roket ‘Eagle’. Langsung, berjuta-juta penonton yang menonton dari balik kaca televisyen dari seluruh dunia cemas menunggu saat ini. Pencapaian ini dijulang sebagai kemajuan teknologi tertinggi laksana manusia. Secara tidak langsung, Omega mengukir peristiwa bersejarah ini dengan menjadi instrumen penjelajah dalam mengukur ketepatan masa.

Bersama misi Apollo 11 yang ikonik, setiap krew dilengkapi Langsung, Speedmaste­r menjadi jam pertama yang dipakai di perasmian pembukaan khas diadakan untuk melancarka­n

pameran bersama media, selebriti serta tetamu VIP. Kesemuanya berkumpul untuk memberi penghormat­an serta menghayati misi yang mengukir sejarah ini. Setentang dengan pintu utama Pavilion Kuala Lumpur, pameran ini dikeliling­i oleh Angkasawan Emas ukuran hidup mewakili ulang tahun keemasanny­a. Pengunjung berpeluang merakam visual dengan penjelajah sebelum memasuki dua bilik pameran yang berilhamka­n bulan.

Yang pertama adalah bilik Lunar, di mana pengunjung dapat mengagumi sejarah pendaratan bulan yang menarik dan warisan Omega dalam menerokai ruang angkasa. Sementara, runut muzik misteri serta coretan rakaman dari misi NASA dimainkan pada pembesar suara di sekitar paparan. Di samping itu, bilik pameran kedua adalah bilik Angkasa, di mana pengunjung berpeluang bersama kilauan cahaya mencipta ilusi ruang yang luas seperti galaksi di sekeliling bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.