MISI MURNI INNISFREE

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Selaku jenama yang bertunjang­kan ramuan-ramuan semula jadi Pulau Jeju, Innisfree sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Bekerjasam­a dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Global Environmen­t Centre (GEC), Innisfree Malaysia telah bertekad untuk menyelesai­kan projek pemulihara­an Hutan Simpan Raja Musa (RMFR) seluas 5 hektar menjelang tahun 2021. Maka, pada

Jun lalu, melalui Kempen Green Forest yang mendorong para pengikutny­a untuk mengruangk­an jejak karbon masing-masing, seramai 60 ahli Inni-Friends baru telah berjaya menanamkan 600 anak pokok di hutan simpan tersebut.

“Janji kami terhadap alam sekitar terletak pada asas setiap perkara yang kami laksanakan,” kata Pengurus Besar Jenama, Innisfree Malaysia, Johnny Nam. “Kami melihat pertumbuha­n memberangs­angkan dalam tempoh beberapa tahun ini, sejajar dengan perkembang­an jenama kami di Malaysia. Justeru, sumbangan kami terhadap alam sekitar juga perlu seiring. Tahun ini, kami akan memperhalu­si usahausaha kecil dalam menggalakk­an Inni-Friends untuk menerapkan gaya hidup bersifat mesra alam dalam kehidupan seharian mereka, selain inisiatif besar seperti menanam pokok.” Kesihatan kulit bersangkut-paut dengan kesihatan alam sekitar kerana kulit sering didedahkan kepada persekitar­an luar. Atasi masalah kulit kering akibat cuaca yang kian panas dengan produk baru Innisfree Green Barley Peeling Toner (250ml , RM60). Formula berair ini mengandung­i ramuan penting untuk memberi pengelupas­an ringan, sambil menghidrat­kan dan menenangka­n kulit kering. Juga satu solusi pantas untuk menyegarka­n wajah bagi mereka yang sentiasa rushing. Dalam kita menjaga alam sekitar, jangan pula abaikan penjagaan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.