ENERGI BARU 212

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Ogos lalu, Carolina Herrera meraikan himpunan wangian popularnya, 212, dengan versi istimewa untuk menambat hati komuniti urban. Berinspira­sikan gaya hidup warga kota yang semakin lasak bersukan dan bersenam, koleksi 212 Sport Collector Edition berpegang pada manifesto “train hard, and party hard”. Mengumpulk­an wangian untuk lelaki dan wanita, koleksi dinamik ini merangkumi haruman 212 VIP, 212 VIP Rosé, 212 VIP Men, 212 VIP Black, 212 NYC dan 212 NYC Men. Bezanya, kini botolbotol 212 yang cukup minimalis dan elegan kesemuanya dipakejkan dalam bekas berbentuk tin minuman tenaga lantas memberi identiti baru pada wangian-wangian popular ini. Kempen koleksi ini dibintangi duta- duta 212 yakni Taylor Hill, Hailey Baldwin dan Cameron Dallas. Koleksi 212 Sport Collector Edition boleh didapati di semua gedung terkemuka termasuk Aeon, Isetan, KL Sogo, Metrojaya dan Parkson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.