DERIA BUNYI AUTENTIK

GLAM Lelaki - - INDEKS GAJET -

Rekaan gajet serba elegan daripada Sony. Speaker kaca LSPX- S2, merupakan speaker rumah mudah alih yang minimalis yang menghasilk­an kualiti bunyi yang menakjubka­n. Hasil bunyi yang tepat serta tulen akan mengisi setiap sudut bilik, hasil teknologi maju Vertical Drive Sony. Badan kaca organik itu sendiri bergetar untuk menyebarka­n bunyi secara menegak dalam arah 360 darjah. Pembesar suara tiub kaca organik ini punya permukaan yang lebih luas untuk menghasilk­an bunyi yang jelas dengan kehilangan volum yang minimum. Juga, pembesar suara Bluetooth serba unik ini dicipta kompatibel bersama Hi-Res Audio yang bertujuan memberi pengalaman menikmati bunyi yang berbeza daripada biasa. Harga pasaran pada RM2,599.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.