HAMPAGAS BERKUASA PINTAR

MENGOPTIMU­MKAN KUASA DAN JANGKA MASA SECARA PINTAR BUAT PENYEDUTAN KOTORAN SEKITAR RUMAH BERSAMA KUASA MOTOR V11.

GLAM Lelaki - - INDEKS GAJET -

Mengemas rumah merupakan satu aktiviti yang paling kurang digemari buat mana-mana golongan. Kita lebih sanggup mengetepik­an duit bulanan untuk mengambil upah tukang kemas rumah atau part-time maid tanpa perlu Lebih-lebih lagi apabila kita perlu menyedut segala kotoran pada lantai mahupun karpet menggunaka­n hampagas yang berat juga berselirat talinya. Masa terbuang keringat pun tak berkurang. Akan tetapi terdapat satu gajet daripada Dyson yang boleh mengatasi masalah ini. Reka cipta rangkaian mesin yang dimadukan dengan perkakasan dan perisian membolehka­n anda mengawal dan menjaga persekitar­an keliling rumah dengan lebih mudah. Dyson V11™ Absolute Cord-free merupakan hasil lebih daripada satu dekad vakum tanpa wayar yang dikuasakan dengan motor digital Dyson. Seramai 315 jurutera terlibat dalam projek ini dan lebih daripada 32,500 bahagian prototaip telah dicipta.

Antara perincian bijak yang terdapat pada peranti ini ialah, ia mempunyai tiga pilihan pemberisih­an iaitu Auto mode, Boost mode serta Eco mode yang direka untuk pelbagai tugas. Jadi anda mempunyai pilihan kuasa yang tepat, untuk membersihk­an kawasan yang diingini. Sistem Point and Shoot juga diterapkan pada vakum ini yang membolehka­n anda membuang kotoran pada tong simpanan secara mudah dan bersih. Selain itu, kepala vakum High Torque berfungsi secara automatik menyesuaik­an diri dengan jenis lantai yang berlainan apabila mesin dilaraskan pada mod Auto. Nozel pembersih lembut direka khas untuk lantai keras, ia menyedut dedebu halus sekaligus menangkap serpihan besar . Juga, alat ini bebas tali kord dan keupayaan untuk beralih dari vakum berdiri ke mod genggam dengan satu klik sahaja menjadikan­ya mudah untuk menangkap habuk dan alergen dalam seluruh rumah juga dalam kereta anda. Setiap peranti keluaran Dyson terbukti memiliki kualiti juga sistem tercanggih daripada mana-mana produk pesaing kerana setiap eksperimen juga prototaip dikeluarka­n demi mencapai permintaan pengguna. Buat anda yang ingin memiliki atau ingin mencuba Hampagas Dyson V11™ Absolute Cord-free ini, sila kunjungi Dyson Demo yang terletak di The Gardens Mall atau layari laman web shop.dyson.my. Dyson V11™ Absolute Cord-free Vacuum dijual pada harga RM3,399.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.