PEMBANGUN PENJUALAN LOKAL

MEMEGANG POSISI NAIB PRESIDEN JUALAN DAN PEMASARAN MERCEDES-BENZ MALAYSIA, MARK RAINE MENGELOLA SISI PENJUALAN. TERUS, MENANDA ARAS KEMAJUAN YANG DIKECAPI SELAMA HAMPIR LIMA TAHUN BERBAKTI BERSAMANYA.

GLAM Lelaki - - PANDU UJI - GL

Berkesempa­tan untuk duduk menemu bual Mark Raine sebelum bertukar pangkalan di Korea, GL berpeluang memandu uji himpunan Dream Cars Edisi 2019. Lalu meraikan inisiatif Mark dalam mengepalai penjualan serta pemasaran lokal.

Sumbangan terbesar anda?

Mercedes-Benz Malaysia sudah terkenal dengan himpunan limousin mewah mereka. Namun, saya perlu membina jenama ini agar lebih progresif serta berjiwa muda untuk diterima oleh kelompok belia. Kala saya tiba di Malaysia tahun 2014, saya punya keinginan yang kuat untuk mengubah portfolio produk kerana ia terlalu tipis. Lalu, saya melaksanak­an strategi dan hala tuju dengan memecah portfolio kepada empat kumpulan produk dan terbahagi kepada kumpulan kereta kompak, limousin, SUV premium serta Dream Cars. Saya juga membantu untuk melahirkan kempen Urban Hunting dan Hungry For Adventure. Ideanya adalah untuk mendekatka­n Mercedes-Benz agar lebih menyeluruh. Kempen Urban Hunting adalah sub-jenama yang diolah dengan energi cool dan hip. Sementara itu, Hungry for Adventure pula bertemakan rangkaian SUV premium yang melengkapi gaya hidup aktif masa kini rakyat Malaysia.

Bagaimana pula impak strateginy­a?

Kami telah mengecapi kenaikan jualan sebanyak 90%. Sewaktu mula memegang posisi ini, kami hanya berjaya menjual sebanyak 6,932 kereta dan tahun lalu berganjak kepada 13,079 buah. Saya rasa itu adalah pencapaian yang hebat. Terdapat sama perkenalan kempen produk yang saya lancarkan. Selain itu, saya berjaya melancarka­n lebih daripada 50 buah kereta yang saya kira tidak ada jenama lain boleh melakukann­ya dengan pantas. Kami juga telah memperluas­kan rangkaian peniaga kepada 35 buah daripada 24 pada tahun 2014. Disamping itu, melabur untuk kilang pengeluara­n tempatan, meningkatk­an kapasiti pemasangan daripada 3,500 kereta kepada hampir 10,000 sekarang. Demikian, 80% jualan kami di Malaysia adalah kereta yang dipasang di sini.

Adakah anda berjaya dalam misi strategi dengan

Ya dan tidak. Dari segi imej dan persepsi jenama, saya berjaya. Namun, dari sisi nombor penjualan tidak begitu berjaya kerana purata umur pelanggan kami masih sama. Walau bagaimanap­un, saya percaya bahawa pelanggan yang kini berumur 40-an dan berusia 50-an mahu menyuntik energi muda ini dalam gaya hidup masing-masing. Maka, saya letakkan diri sebagai pelanggan dalam kumpulan umur saya dan berhajat untuk meremajaka­n jenama.

Boleh jelaskan lebih lanjut tentang inisiatif Dream Cars dari Mercedes-Benz Malaysia?

Himpunan Dream Cars merupakan landasan penting buat jenama yang bernadi mewah ini. Ia sesuai untuk individu yang berpunya selera mewah terus menghayati ketukangan serta prestasi jentera-jentera serba mewah ini. Unit penjualan keseluruha­n naik mendadak kepada 77% dengan penjualan 662 buah kereta hanya pada tahun lalu. Ternayata inisiatif untuk mempromosi­kan himpunan Dream Cars ini berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.