OVERSIZED COATS

GLAM Lelaki - - STAIL -

Antisipasi stail musim luruh/sejuk semestinya, lambakan kot. Coat and more coats! Variasi rupa dan ilham kot dipentaska­n buat tatapan penggemar fesyen. Tambahan lagi, musim sejuk yang secara umumnya terbukti kot merupakan item fesyen paling penting. Paling ketara dalam musim ini adalah kot labuh yang saiznya dibesarkan, balutan corak beragam dalam warna berbeza-beza yang dilagakan seperti checkered berona kuning dengan warna-warna terang lain. Penggayaan­nya pula telah berubah, di mana over-the-top layering tidak kelihatan. Kot yang sifatnya ketradisio­nalan, seperti warna beige, kurang menonjol. Stail kot pula ada sedikit pengaruh Grunge yang cukup popular sekitar era ’90-an dikembalik­an semula dedikasi generasi baru. Palet warna yang banyak bermain dengan kontrakdis­i merupakan alasan yang cukup kuat helaian luar musim ini dijadikan pelengkap gaya sempurna. Jil Sander, Louis Vuitton, Berluti, Givenchy dan Loewe antara jenama fesyen yang menggemila­ngkan aspirasi kot ilham tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.