GREY MATTERS

GLAM Lelaki - - STAIL -

Trend warna kelabu paling ketara dijadikan skim warna utama sewaktu pentas musim luruh/sejuk 2019. Giorgio Armani, Emporio Armani, Celine, dan Balmain antara yang memanifest­asikan warna tersebut dalam mengekalka­n elemen klasik. Kelabu bukan suatu warna asing dalam konteks fesyen lelaki, atau erti kata lain, tidak lapuk ditelan zaman. Namun, diberi nafas baru melalui perlagaan corak dan material. Mendorong penggemar fesyen untuk tampil lebih berani dan berkeyakin­an tinggi dalam aspek pemakaian musim ini. Rumah fesyen Armani yang sinonim dengan warna kelabu, menampilka­n olahan jaket, sut dan kot kelabu dalam pelbagai rupa dan inspirasi. Perihal ‘the modern businessma­n’ menunjangi ilham baru warna kelabu kala pentas musim luruh. Dedikasi lelaki yang tidak gentar untuk ‘ke depan’ berbanding yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.