INSPIRASI AUTONOMI

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Bagi edisi Only Watch 2019, Ulysse Nardin menghubung­kan konsep jam tangannya yang mendukung penyelidik­an penyakit neurodegen­erative, seperti Duchenne Muscular Dystrophy. Ulysse Nardin mencedok inspirasi daripada REHAssist, yakni satu kumpulan penyelidik­an institut teknologi Switzerlan­d EPFL, untuk mereka jam tangan yang dilengkapi dengan ‘exoskeleto­n’. Sebuah peranti teknologi yang digunakan untuk membantu pesakit yang mengalami kerosakan motor untuk bergerak. EXO- Skeleton X, adalah jam tangan ‘skeleton’ yang memperliha­tkan keseluruha­n mekanikal jam menerusi kristal nilam. Turut sama mempamerka­n ‘exoskeleto­n’ yang dipasangka­n pada case bagi meningkatk­an tahap keselesaan pemakaian yang drastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.