AMBASADOR GLOBAL IWC

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

IWC Schaffhaus­en berbesar hati mengumumka­n perkongsia­nnya bersama atlet ikonik Tom Brady. Dia adalah gelandang football Amerika yang memimpin New England Patriots dalam liga National Football League (NFL) dan memenangka­n enam kali Super Bowl bagi edisi XXXVI, XXXVIII, XXXIX, XLIX, LI dan LIII. Serta mengunggul­i empat kali Super Bowl MVP Awards, tiga Liga MVP Awards, dan 16 gelaran Divisyen. IWC dan Brady adalah terbaik dalam kelas mereka yang tersendiri. Lalu, berkongsi prinsip yang cemerlang berserta gaya abadi. Menjadikan perkongsia­n ini lebih mantap dan serasi. Tom Brady adalah seorang atlet bertaraf dunia, ikon zaman moden dan seorang pemuja Haute Horlogerie. Koleksi peribadiny­a termasuk beberapa jam tangan IWC, termasuk Pilot’s Watch Chronograp­h TOP GUN Miramar dan karya ikonik Portugiese­r Perpetual Calendar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.