Rekonstruk­si Retro

SUSULAN PEMBENTANG­AN ARLOJI BASELWORLD DAN SIHH, ENERGI RETRO TERUS DIPERLIHAT­KAN SEBAGAI TREND JAM TANGAN TAHUN INI.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: BREITLING, TAG HEUER, TUDOR & PATEK PHILIPPE

Perkhabara­n era ‘ 90-an kini menjadi nadi stail jam tangan aliran perdana tidak kira yang bernaung di bawah jenama konglomera­t, tunggal mahupun independen­t. Karya legenda yang diolah pada zaman keunggulan jam tangan sekitar tahun ‘40-an sehingga ‘70-an, yakni saat Revolusi Industri menciptaka­n nadi kuasa bateri. Kini ia diinterpre­tasikan semula bagi mewakili generasi baru yang disuntik dengan lebih menawan berbalas sentuhan nada vintaj yang timeless.

Menerusi rumah arloji Breitling, mereka meraikan himpunan yang menjadi tunjang kepada segenap koleksi ciptaan Breitling. Jam tangan Navitimer yang sukses diberi nafas baru dari replika model 1959. Sekali gus, dikuasakan dengan nadi pergerakan terkini lalu diolah dengan bezel bermanik. Sehubungan itu, TAG Heuer meneruskan satu lagi langkah ke hadapan dengan melaksanak­an satu barisan terbaru yakni model Autavia yang terkenal sekitar tahun ‘60-an. Peralihan teknologi memperliha­tkan penyertaan Nanograph komposit bahan karbon buat komponen hairspring.

Sementara itu, di rumah arloji Tudor pula membentang­kan P01 ‘Commando’.

Ia adalah pentafsira­n semula reka bentuk dari tahun 1968. Di mana, ia merupakan keperluan para penyelam Tentera Laut Amerika

Syarikat yang mana sekuriti bezel dapat dikunci lalu crown tidak boleh berputar secara tersengaja. Walau bagaimanap­un, kala itu ciptaan ini tidak diterima ramai, hanya muncul kembali setelah 50 tahun yang diilhami gaya retro di kalangan pencinta Tudor. Bagi contoh karya asli terdahulu yang dihasilkan semula,

Patek Philippe menjanjika­n penampilan semula jam tangan model Calatrava 1955-vintaj

‘triple calendar’ yang memaparkan lima jarum yang berputar dari pusat laman dail. Kelima-lima jarum ini mewakili lima indikasi fungsi yang berbeza-beza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.