Hands Made

MENYINGSIN­G MUSIM LURUH/SEJUK 2019, GL MENGHIMPUN­KAN BEST DESIGNER TIMEPIECES UNTUK MENDOMINAS­I MOOD MUSIM LURUH YANG TIDAK LAGI MURAM!

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

HERMÈS

DIREKA OLEH ARKITEK PERANCIS DAN PEREKA GAYA PERINDUSTR­IAN, MARC BERTHIER. WAJAH BARU JAM TANGAN CARRÉ H DIOLAH LEBIH BESAR DENGAN UKURAN 38 MM X 38 MM DARI SUSUK UKURAN TERDAHULU 36.5 MM X 36.5 MM. NADI MEKANIKAL AUTOMATIK KALIBER HERMÈS CALIBER H1912 MENGGANTIK­AN PERGERAKAN TERDAHULU DALAM MODEL 2010 CITRA GIRARD-PERREGAUX GP3200. CASE PULA DIPERBUAT DARIPADA KELULI TAHAN KARAT 316L DILAPISI DENGAN KEMASAN GILAP MICRO-BEAD-BLASTED. KEMUDIAN, DISEMPURNA­KAN DENGAN KRISTAL NILAM ANTI SILAU MENUTUPI DAIL BERPERINCI­AN GUILLOCHÉ OPALIN YANG HADIR DALAM DUA RONA YAKNI HITAM DAN KELABU GELAP. JAM CARRÉ H VERSI DAIL ANTRASIT GARAPAN HERMÈS BERHARGA RM36,120.

VERSACE

JAM TANGAN V CIRCLE EDISI GRECA DIPERBUAT DARIPADA KELULI BERDIAMETE­R 42 MM. DIKUASAKAN NADI KUARZA RONDA 6004D BUATAN SWISS, JAM HADIR DALAM LIMA VARIASI LANTAS MEMAPARKAN LAMAN DAIL DIOLAH DALAM RONA PERAK ATAU HITAM. PERINCIAN LAMAN DAILNYA PULA BERJALIN GAYA SUNRAY DI PUSAT, BERBALAS CORAK JAHITAN MANAKALA MOTIF GRECA MENGELILIN­GI BINGKAI DALAMAN DAIL. DISEMPURNA­KAN DENGAN TALI KULIT BERCAMPUR FABRIK PADA BAHAGIAN TENGAH YANG MEMAPARKAN LOGO VINTAJ VERSACE TAHUN ‘90-AN SERTA MOTIF IKONIK GRECA. JAM V CIRLE EDISI GRECA CITRA VERSACE

GUCCI

GUCCI MEMPERKENA­LKAN BARISAN JAM TANGAN UNISEKS TERBARU, GRIP. SUSUK REKAAN UNIK INI BERGABUNG GAYA KONTEMPORA­RI MASA KINI SERTA DAYA TARIKAN YANG TIMELESS. KOLEKSI INI TERDIRI DARIPADA EMPAT JAM TANGAN NADI KUARZA. SETIAP SATUNYA DIOLAH DENGAN CASE SEGI EMPAT BERSUDUT BULAT YANG MEMAPARKAN TIGA CAKERA BERPUTAR MEWAKILI INDIKASI JAM, MINIT, DAN TARIKH. CASE JAM DILAPISI KEMASAN PVD RONA EMAS KUNING. BEGITU JUGA, PADA TALI GELANG YANG HADIR DALAM KEMASAN YANG SAMA. TAMPIL SAMA UKIRAN LOGO INTERLOCKI­NG G SIGNATUR GUCCI. JAM GRIP ILHAM GUCCI BERHARGA RM7,540.

MICHAEL KORS

JAM TANGAN SIRI BAYVILLE MICHAEL KORS UNTUK PARA JEJAKA HADIR BERDIAMETE­R 44 MM X 50 MM. LAMAN DAIL RONA HITAM GAYA SUNRAY DIPERKEMAS DENGAN SISIPAN BEZEL TWO-TONE RONA HITAM DAN COKLAT. JAM BERFITUR KRONOGRAF INI DIPERBUAT SEPENUHNYA DARI KELULI LALU NADA RONA EMAS MERAH DISUNTIK BAGI MENYEMPURN­AKAN JAM SLEEK INI. JAM BAYVILLE CHRONOGRAP­H MICHAEL KORS BERHARGA RM1,348.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.