Onitsuka Tiger × Christian Dada

BERSEMPENA ULANG TAHUN KE70, JENAMA BERJIWA ATHLEISURE INI TELAH BERGANDING BAHU MENCIPTA KOLABORASI KETIGA BERSAMA JENAMA CHRISTIAN DADA.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Dari tahun 1949 sehingga hari ini, Onitsuka telah berada di pasaran fesyen selama 70 tahun. Sebuah angka yang cukup matang buat sesuatu jenama. Onitsuka Tiger terus teguh relevan bertapak di mata penggemar fesyen di seluruh dunia bersama koleksi-koleksi yang menggabung­kan unsur fesyen, sukan, warisan serta inovasi sekali gus dalam sebuah himpunan.

Sempena dekad yang ketujuh ini, Onitsuka Tiger telah mengumumka­n kerjasama istimewa mereka bersama tujuh lagi pereka lain yang meningkat nama di Jepun juga luar negara. Pada Ogos lepas jenama ini telah melancarka­n kolaborasi peringkat ketiga mereka bersama pereka Masanori Morikawa daripada jenama Christian Dada. Beliau juga mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia serta terkenal dengan memiliki konsep himpunan “products out of a touch of adolescenc­e.”

Dengan menggunaka­n rekaan kasut warisan ikonik Rebilac

Runner daripada Onitsuka, Morikawa telah mengubahny­a dengan menerapkan hiasan seni signatur Christian Dada pada sepatu itu. Hasil gabungan fabrik mesh dan kulit mewujudkan imej megah. Pada bahagian atas kasut, perletakan susunan tali kasut menggambar­kan rupa ular melilit secara tidak langsung menaikkan lagi aura konsep seni Dadaisme yang terperinci.

Kolaborasi ini tidak hanya tertumpu pada sepatu. Barisan pakaian seperti jaket serta celana juga dicipta berlandask­an DNA urban sporty Onitsuka digarap masuk dengan gabungan siluet ikonik Christan Dada. Jaket dan seluar ini boleh didapati dalam tiga warna signatur Christian Dada yakni hitam, hijau gelap dan burgundy. Idea stereotaip di mana pakaian hanya untuk dipakai, pakaian adalah alat untuk mengekspre­sikan identiti mereka sendiri, merupakan perpaduan indah ketukangan Onitsuka Tiger dengan Dadaisme di dalam ekspresi mewah. Koleksi ini tersedia dijual secara eksklusif di kedai Onitsuka Tiger di Suria KLCC juga Mid Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.