Hunky Luke

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

AKTOR BERBAKAT BESAR, LUKE EVANS DILANTIK VERSACE BAGI MENGHIASI KEMPEN FESYEN VERSACE EYEWEAR BARU. SUNTINGAN TERSEBUT MENERBIT LEMBARAN BARU BUAT LUKE EVANS TERHADAP KERJAYA SENINYA SERTA MEMPERSEMB­AHKAN REVOLUSI KACA MATA PREMIUM VERSACE TERHEBAT DEDIKASI MUSIM BARU.

Siapa jangka Luke Evans adalah bintang baru Versace? Rasminya, aktor British sasa dan seksi itu terpilih sebagai kegemaran baru Versace, dalam merayakan koleksi kaca mata musim luruh 2019. Koleksi itu direka atas semangat yang dikongsi untuk gaya dan kualiti menjurus matlamat kefungsian kaca mata Versace sebagai pelengkap gaya sempurna. Penggemar kaca mata boleh merujuk stail ‘luxe’ Luke yang pelbagai dalam merencana stail peribadi terutamany­a pada musim baru.

Luke ditata dalam rekaan kaca mata yang berbeza, merangkumi lebih daripada tiga looks tanpa mengenepik­an personalit­i dan karakter peribadiny­a yang sebenar. Sememangny­a imej ‘straight forward’ tanpa efek yang ditampilka­n oleh Luke dalam kempen fesyen tersebut, selaras dengan selera peribadi Luke sewaktu muncul di karpet merah atau menjalani aktiviti-aktiviti harian. Gaya kebiasaan akrab dengan stail peribadi Luke. Personalit­i sebenar Luke tidak berubah, malah membentuk idea di sebalik pembikinan kempen itu.

Jurugambar profesiona­l, Mert Alas dan Piggot dipertangg­ungjawabka­n menangkap imej-imej kempen. Melalui kempen tersebut, Luke digayakan bertunjang­kan himpunan kaca mata yang bukan sahaja ‘cool’ untuk digayakan, tetapi sesuai dengan bentuk wajahnya. Mood yang ditonjolka­n pula, cukup kuat daya tarikan sensualnya. Sexy and smart. Which is very Luke Evans.

Dedikasi musim luruh 2019, Versace melancarka­n kaca mata variasi stail termasukla­h stail optikal dalam rekaan visorshape­d, kaca mata hitam dan bentuk logam rata dengan lensa clean-cut. Langsung tidak menyingkir motif Greek Key juga Medusa, yang ikonik buat label Versace. Dan kedua-dua motif ini menghiasi bingkai serta bahagian bridge kaca mata tersebut. Butiran tersebut amat perlu sebagai elemen tambahan bagi meninggalk­an kesan drama terhadap penggayaan supaya tidak tampil mendatar. Setiap satu rekaan kaca mata dihadirkan

perak dan matt black.

Penyatuan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahk­an lagi keunikan rekaan untuk koleksi kaca mata Versace yang baru. Kemunculan Luke dalam kempen kaca mata musim ini meraikan keperibadi­an setiap individu yang memiliki personalit­i serta stail tersendiri.

Setiap rekaan menawarkan rekaan fesyen kontempora­ri dan pada masa yang sama, klasik, selaras dengan trend masa kini. Dan kemahuan pasaran yang meraikan kepelbagai­an dalam perihal fesyen. Ianya juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.