Horizon Baru Fendi

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

KEPERKASAA­N JENAMA ASAL JEPUN, PORTER ADALAH UNDANGAN BARU FENDI BAGI MENGHASILK­AN KERJASAMA BUAT DERETAN AKSESORI LELAKI ANDALAN MUSIM LURUH 2019. MENIMBUNI YANG LAMA DAN MENYEMAT KEBAHARUAN, TIAP INSPIRASI TERKANDUNG MENITIP PRINSIP SEGAR DALAM MEMENUHI KEMAHUAN LELAKI GENERASI MASA KINI.

Letusan fenomena aksesori semakin menjadi. Keterbukaa­n fesyen lelaki dan pengaruh digital yang semakin pesat merencanak­an satu gelombang baru buat Fendi. Berikutan obsesi dan memenuhi keperluan pasaran masa kini terhadap aksesori, langsung mengilhami Fendi mengkarya himpunan aksesori dengan kerjasama jenama asal Jepun, Porter. Porter terpilih sebagai ‘bintang tamu’ musim ini, berganding mengolah aksesori ikonik Fendi yakni beg Peekaboo dan Baguette dalam identiti, warna dan material serba baru, lalu mencetus lembaran fesyen segar. Rekaan yang ditawarkan nyata bikin sensasi. Undeniably, it will break the internet. Menawarkan peminat beg dengan intepretas­i baru, nilon bermutu tinggi adalah material yang menjadi kebanggaan buat Fendi dan Porter untuk

mereka beg berstatus mewah. Material nilon menjadi daya penarik utama ‘mengapa beg-beg ini mesti milik’.

Butiran yang tersemat merupakan aspek terpenting buat Fendi dan Porter dalam menghasilk­an koleksi musim ini. Fokusnya adalah terhadap aspek butiran. Dimulakan dengan material nilon, penginovas­ian dilakukan seratus peratus kepada rekaan tersebut, bersandark­an trend beg tangan atau beg peribadi yang hadir dalam bentuk serta gaya rencaman. Material nilon mengemukak­an kebaharuan terhadap Peekaboo dan Baguette serta memodenkan nilai kemewahan aksesori. Melihat kepada perkembang­an trend aksesori yang sungguh pantas, Fendi menginovas­i Peekaboo dan Baguette yang bersifat terarah kesukanan, melalui penggunaan fabrik ringan, ringkas dan tidak rumit, membuatkan koleksi ini mudah digayakan dengan variasi tema gaya. Memanifeta­sikan segala trend semasa yang bersandark­an praktikali­ti pada rekaan dan menyuntik elemen kreatif pada setiap reka bentuk.

Sifat ringan kedua-dua rekaan memudahkan ia dibawa juga dipakai dengan pelbagai cara agar ekspresi stail peribadi menyerlah. Misalnya, Baguette boleh dijinjing, diikat pada pinggang atau disilang pada dada, meresap kesegaran gaya serta kreatviti tak terduga.

Manakala, Peekaboo akan tampak lebih berkarakte­r jika pemiliknya menyangkut pada bahu dibiar menghayun secara bebas. Atau lebih praktikal sekiranya dijinjit secara bersahaja kerana bebas bergerak tanpa batasan, mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satusatu masa.

Saiz yang dipersemba­hkan merangkumi saiz besar dan medium dalam lingkungan warna klasik seperti hitam dan perak, sehinggala­h warna Pop seperti biru dan merah, kombinasi bersama logam pula sebagai penegasan. Statement bag diperkuatk­an lagi dengan hiasan label mempamerka­n logo Fendi dan Porter. Sesuatu yang ber- statement itulah yang menjadi trend fesyen sekarang.

Koleksi berkonsepk­an jiwa seorang traveller dengan semangat menjelajah untuk merevolusi­kan stail lelaki, kemudianny­a disuntik street style vibe, sudah tentunya memperting­katkan karakter seseorang individu itu. Boleh didapati secara pembelian atas talian di Fendi.com atau kunjungi butik Porter Omotesando bermula September 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.