Couture Meets Punk

DENGAN MEMADUKAN PENDEKATAN ADIBUSANA DENGAN EKSPRESI SENI PUNK, KIM JONES SEKALI LAGI MENDEFINIS­IKAN JEJAKA DIOR DALAM INTERPRETA­SI YANG SEGAR DAN ORIGINAL.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Di dalam dewan yang serba gelap, hanya satu jalur panjang merentasi lantai memantulka­n cahaya. Sebaik sahaja runut bunyi elektronik­a garapan DJ Honey Dijon dimainkan, kelihatan sikit demi sedikit, satu per satu, skuad jejaka kacak membarisi jalur sepanjang 76 meter itu. Masingmasi­ng berdiri kaku tanpa ekspresi, masingmasi­ng lengkap dalam persalinan terkini koleksi Dior Men Musim Luruh/Sejuk 2019-2020. Rupa-rupanya jalur itu ialah sebatang sawat penyampai, yang membawa model-model lelaki ini dari satu hujung dewan ke hujung seterusnya, tanpa memerlukan mereka untuk mengorak satu langkah kecil pun. Maka mereka pun dipersemba­hkan untuk tontonan ramai, mirip patung-patung yang dipamerkan dalam suatu salon adibusana. Sungguhpun simple dan straightfo­rward, efeknya amat dramatik. Yang nyata, sekali lagi Kim Jones selaku Pengarah Artistik Dior Men berjaya menggegark­an arena fesyen lelaki dunia dengan sesuatu yang di luar jangkaan.

Akan tetapi, apa gunanya set-up yang memukau sekiranya koleksi pakaian yang dipertonto­nkan tidak menyerlah? Mujurlah, berikutan koleksi debutnya musim lalu yang cukup sukses, musim ini Kim Jones masih tidak menghampak­an. Dalam persembaha­n koleksi musim luruh/sejuk ini, impak yang terbesar dirasai bukan daripada pementasan yang dramatik. Tapi daripada rekaan-rekaan baju itu sendiri. Sekali lagi, Jones berjaya menawarkan idea-idea fesyen lelaki yang segar, luar biasa dan punya daya intelek dan seni yang tinggi. Dior Men is in very good hands.

Sebagai konsep, tiga tema utama menjadi tunggak koleksi Dior Men Musim Luruh/Sejuk 2019-2020. Yakni Haute Couture, Art dan Punk. Malah, Kim Jones tidak perlu pun berpaling jauh untuk mencipta koleksi musim ini. Kerana segala inspirasin­ya tercetus dari arkib Dior sendiri. Terutamany­a pada motif fauna, teknik drapery, architectu­ral tailoring, palet warna lembut, dan penggunaan fabrik adibusana yang serba mewah, segalanya digarap oleh sentuhan Parisian dan elegan Dior yang sering diciplak tapi sukar sekali ditandingi.

PESONA ADIBUSANA

Pemilihan fabrik Jones untuk koleksi ini tak banyak beza dengan pendekatan Haute Couture. Seleksi kain cashmere, satin sutera, renda dan fur, dipadukan dengan material berteknolo­gi tinggi untuk mencipta satu lapisan gloss yang mewah dan menawan. Idea Couture turut dipersemba­hkan melalui konsep tailoring, terutamany­a pada seleksi sut musim ini yang dikemaskan dengan panel satin menyerupai lapisan dalam jaket, yang memberi efek seolah- olah sut itu telah dipakaikan terbalik. Malah, konsep helaianhel­aian reversible menjadi satu fokus kukuh dalam koleksi ini. Sebagai simbol dan respon kepada naluri Couture yang menuntut kesempurna­an bukan saja di luaran, malah juga dalaman.

Mengambil ilham teknik Moulage pula – yakni, draping terus pada dress form – yang lazimnya mejadi titik tolak rekaan Couture, dilihat helaian-helaian fabrik bebas memeluki helaian tailoring seperti skarf panjang, membentuk asimetri pada kot dan jaket, menutupi butang depan atau sekadar dilepaskan hingga mencecah lantai. Lantas membuka dialog paduan maskulin-feminin dalam fesyen lelaki.

Pendekatan utilitaria­n turut menjiwai koleksi ini, dizahirkan dalam bentuk harness dan vest yang menekankan lagi aspek baru luxury, sebagai cerminan sutera dengan tekstur permukaan yang berkilau. Menawan tapi ringan, dan lebih penting, praktikal.

Corak haiwan juga satu ini. Pertama kali motif haiwan diperkenal­kan di rumah fesyen Peranchis ini ialah dalam koleksi debut Christian Dior pada tahun 1947, dalam bentuk harimau bintang. Musim ini, motif itu dihidupkan semula cuma kini ditemani corak kulit harimau dan harimau kumbang dalam rekaan persalinan kait dan bulu Intarsia.

SENTUHAN SENI PUNK

Sejak perlantika­nnya sebagai Pengarah Artistik Dior Men, Kim Jones gemar dan bijak memberi interpreta­si baru terhadap kod-kod gaya rumah fesyen mewah ini. Namun Jones juga cukup terbuka untuk mengajak bakat-bakat kreatif lain untuk sama-sama berkongsi terjemahan unik mereka terhadap Dior.

Pelukis seni kontempora­ri Raymond Pettibon, yang mengambil pengaruh gerakan punk-rock zaman ‘70-an dan ’80-an sebagai salah satu asas ekspresi seninya, menjadi rakan kolaborasi utama Jones untuk koleksi Dior Men Musim Luruh/Sejuk 2019-2020.

Pettibon membentang­kan portfolio lukisan-lukisan sedia ada dengan karya-karya baru yang dilakarkan khas untuk Dior dalam koleksi ini. Yang ditransfor­masikan daripada kertas menjadi corak- corak pada helaian kait, fabrik jacquard, juga fabrik bercetak dan motif sulaman tangan. Antara motif paling menyerlah adalah portret wanita menyerupai lukisan Mona Lisa pada latar abstrak. Satu lagi motif distingtif, yang dilihat pada look yang membuka pertunjuka­n koleksi ini, iaitu sepasang mata yang memandang ke masa depan digarap pada latar persis catan Impression­isme.

Logo ‘CD’ rumah fesyen ini turut melalui transforma­si, digarap oleh Pettibon untuk mereka brooch dalam bentuk safety pin – semestinya satu kod gaya utama stail punk. Kim Jones sendiri menyerlahk­an jiwa artistikny­a dengan motif punk panthère Dior yang digarap melalui teknik tertentu.

Satu lagi sentuhan punk yang ketara dilihat pada suntikan gaiter atau kelasak nilon sebagai pelengkap kasut-kasut koleksi ini. Satu aksesori yang juga dipakaikan oleh pendaki gunung, gaiter ini cukup simbolik menggambar­kan si jejaka Dior sebagai seorang pengembara urban.

Pakar jauhari Dior, pereka Yoon Ahn pula telah mencipta beberapa memento kecil yang ditatagaya­kan sebagai azimat atau gelang tangan untuk melengkapi rekaan-rekaan Kim Jones. Sebagaiman­a yang dicerminka­n melalui kerjasama kreatifnya dengan Pettibon, koleksi Dior Men Musim Luruh/ Sejuk 2019-2020 tampil sebagai satu ekspresi artistik yang mencipta satu interpreta­si baru fesyen lelaki Dior. Dari yang feminin ke maskulin, dari seni ke fesyen, dari warisan zaman dulu ke potensi zaman sekarang. Menganalis­a sejarah, untuk membuka dialog baru di masa depan. GL

Namun, pengaruh aksesori outdoor tidak terhenti di situ. Eksplorasi penggayaan Saddle Bag Dior yang sudah mencapai status ikonik masih diteruskan ke dalam gerobok lelaki. Kali ini dihadirkan dalam material nilon dan bulu mewah bercetakka­n kulit harimau bintang, sama ada dalam stail cross-body atau sebagai beg galas yang turut memberi homage kepada kod klasik Dior, yakni Cannage quilting. Menegaskan elemen fungsi dalam koleksi ini, elemen saddle turut dijelmakan sebagai poket kecil pada sarung tangan utiliti yang dipanjangk­an kepada stail sarung tangan opera. Untuk memenuhi tuntutan peranti elektronik personal jejaka Dior, aksesori hiper-moden persis dompet rantai si pendaki atau penyelam direka khas dalam material kulit, kanvas Dior Oblique atau plexiglass bercetakka­n karya Pettibon. Dalam saiz yang cukup besar untuk memuatkan dua buah iPhone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.