The Slit Factor

KEHENDAK SERTA KEPESATAN EDARAN PLATFORM MEDIA MENJADIKAN STAIL JUGA GAYA PEMAKAIAN FESYEN LELAKI KIAN MELALUI FASA MODIFIKASI LANTAS TERLIHAT POTONGAN UNIK PADA CELANA PARA JEJAKA BERBUAH KE ARAH LEBIH STYLISH.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Sering terlihat pada setiap celana para jejaka pasti mempunyai potongan serta bentuk yang sama tidak kira jenis denim, kargo mahupun slacks. Ianya dicipta menerusi kehendak juga rupa yang telah ditetapkan oleh masyarakat bagi golongan lelaki. Di mana golongan ini telah distereota­ip sebagai kaum yang tidak perlu berfesyen kerana apabila mereka cuba untuk mengenakan sesuatu yang luar daripada norma gaya pakaian, pasti akan dilabel sebagai seorang yang pelik dan ganjil. Tapi kita kini hidup di zaman pemikiran terbuka apabila bercakap tentang fesyen. Setiap suai padan juga eksprement­asi pada pemakaian lelaki kian berganti ke landasan lebih stylish.

Buat pertama kali di pentas peragaan Dunhill untuk koleksi Bunga/ Panas 2019, pengarah kreatif Mark Watson mempersemb­ahkan kepada penonton rekaan seluar ultra-chic split-leg pada lisu tengah bahagian bawah celana yang terletak cantik membelah bahagian atas kasut menjadikan perincian ini kelihatan up-to- date buat seluar para jejaka. Mengambil inspirasi ini, kebanyakan rumah fesyen telah mengeluark­an celana serba kemas menjurus perincian slit pada hujung bawah kaki, sebagai rekaan wajib dalam koleksi mereka. Ini boleh dilihat pada buatan Berluti yang bermain dengan desain yang sama dengan menggunaka­n fabrik jenis kulit dipadankan bersama perincian zip dijahit pada belahan slit itu. Tidak terhenti di situ, rumah fesyen Wooyoungmi mengeluark­an pula seluar jenis sama dalam elemen edgy apabila celana slit vertikal itu dicipta menggunaka­n fabrik jenis denim, lantas menaikkan lagi aura unik gaya baru ini.

Kitaran trend fesyen akan terus berputar menghasilk­an sesuatu yang baru. Seperti yang tertera di atas, seluar jenis ini telah menambah lagi satu gaya baru buat para jejaka. Maka tidak ada salah untuk anda mencuba sesuatu yang segar. Sentiasa berekspere­mentasi dengan trend baru supaya anda lebih menonjol daripada yang terlampau biasa.

1.Gaya potongan lain bagi belahan zip pada bahagian tepi celana 2. Pengarah Artistik Dunhill - Mark Weston 3. Sekitar minggu Pitti Uomo ( Sut penuh berwarna kuning bersama celana lurus berbelah tengah)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.