Merentas Sangkala

KUALA LUMPUR MENJADI LOKASI PILIHAN LOUIS VUITTON MENDARAT BAGI MEMPERSEMB­AHKAN PAMERAN KAPSUL MASA YANG PENUH DENGAN INFORMASI SEJARAH SERTA KETUKANGAN NAN EKSKLUSIF.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Pada Julai lepas, taman ikonik KLCC Esplanade menjadi tempat bersejarah menyaksika­n jenama ternama Louis Vuitton membuka tirai kepada masyarakat awam bersempena pameran kapsul masa. Bandar Kuala Lumpur bertuah dijadikan antara lokasi pilihan selepas Los Angeles, Hong Kong,Toronto juga bandar-bandar utama lain seluruh dunia. Pameran Louis Vuitton Time Capsule ini merupakan perjalanan penemuan untuk meninjau semula inovasi-inovasi penting dalam teknologi dan reka bentuk yang dicipta oleh rumah fesyen ini dari tahun 1854 sehingga kini. Di masa yang sama pameran kapsul masa ini telah menjadi tuan rumah bagi meraikan kehadiran 34 tahun kehadiran Louis Vuitton di Malaysia.

Bagi anda yang terlepas peluang untuk mengunjung­i pameran ini, ia memaparkan momenmomen penting dalam sejarah jenama ini yang diasingkan kepada enam aspek penting. Artisans’

Room memberi anda pengalaman melihat pembuatan aksesori ikonik LV Petite Malle sambil beramah mesra bersama tukang kraf Louis Vuitton. Ruangan The Key to the Codes mempamerka­n lebih jelas perincian yang digunakan pada trunk ikonik pertama yang dicipta oleh LV. Serta ruangan-ruangan seperti Journeys Around the World, Elegance in Motion, Louis Vuitton and the Arts dan Magic Malle telah memenuhi pengetahua­n para pengunjung dengan susunan item kreatif didukungi teknologi paparan skrin LCD dalam menyampaik­an mood penceritaa­n sejarah jenama ini. Acara pembukaan kapsul masa ini dimeriahka­n lagi dengan kehadiran para selebriti, , personalit­i dan rakan media. Antara tetamu yang dilihat pada acara ini bersiap penuh dalam busana Louis Vuitton ialah Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Sonaone, Siti Saleha, Alvin Chong, Debbie Goh, Lenna Lim dan Jane Chuck. Satu pengalaman informatif berharga daripada Louis Vuitton buat rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.