Semerbak Relaksasi Gaultier

PEREKA NAKAL JEAN PAUL GAULTIER MENGAJAK KITA MENCAPAI KETENANGAN DENGAN VERSI TERKINI HARUMAN IKONIKNYA.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Sejak persaraann­ya dari dunia ready-to-wear empat tahun yang lalu, bukan saja orangnya malah kelibat pereka Jean Paul Gaultier pun semakin sukar untuk kita nampak. Namun namanya masih meniti bibir para pencinta fesyen kerana seperti Galliano, McQueen atau Margiela, Gaultier is an original. Tiada pereka lain yang senakal Gaultier pabila berkarya. Mungkin kita merindui kerancakan persembaha­n runway dari atelier Gaultier setiap musim – yang kini hanya menumpukan perhatian pada pasaran couture dan kostum – namun satu rekaannya kekal ikonik dan relevan dari zaman ke zaman. Yakni wangiannya, Le Mâle untuk lelaki, dan pasanganny­a, Classique untuk wanita.

Asalnya diciptakan pada tahun 1995, berikutan pelancaran Classique dua tahun sebelumnya, sunggunhpu­n tampil dengan botol yang provokatif dan bau yang luar biasa untuk lelaki, Le Mâle bangkit sebagai salah satu wangian lelaki paling laris sekitar 1990-2000-an. Setelah melalui beberapa jelmaan baru dari masa ke semasa, bulan ini melihatkan interpreta­si terkini haruman distingtif ini.

Dan biarpun Gaultier menghilang dari pandangan mata, mujurlah jiwanya yang cheeky dan suka mengusik masih mekar. Kini diberi jolokan Le Beau (untuk lelaki) dan La Belle (untuk wanita), pasangan wangian edisi baru ini mencedok ilham romantisme dan erotisme ‘Adam and Eve’, didukung kempen visual yang melihatkan model-model kacak dan tegap tampil tanpa seurat benang melainkan sehelai daun ara menutupi bahagian sulit mereka. Ditemani model-model wanita yang melindungi bahagian Malah, begitulah juga konsep di sebalik desain botol Le Beau dan La Belle. Yang kekal dengan torso persis Le Mâle dan Classique versi Essence de Parfum(2016), cuma kini dihiasi sentuhan tersendiri. Iaitu, daun emas menyorok genitalia torso lelaki, dan jambangan ros emas disusun bak rantai pada torso wanita. Menyentuh hal bau pula, tema olfaktori kedua- dua haruman ini merujuk ketenangan, menggambar­kan relaksasi sebagai satu eskapisme. Le Beau menenteram­kan jiwa dengan aroma kayu kelapa, didukung kesegaran bergamot dan kacang Tonka. La Belle pula memukau dengan paduan vanila Oriental dengan Vetiver dan buah pir. Keduanya hadir bak eliksir bagi mereka yang berjiwa bebas. Sebagai penawar minda dan hati yang mencari kedamaian dalam hidup yang kian serabut. Mungkin kerana Gaultier sendiri berasa lebih relaks setelah meninggalk­an ready-to-wear?

La Beau dihadirkan dalam EDT 125ml (RM375) manakala La Belle dijual sebagai EDP 50ml (RM360) dan EDP 100ml (RM490). Keduaduany­a boleh didapati di semua gedung membeli-belah terkemuka bermula September 2019.

Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: Luxasia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.