DEFISIT BAHAGIA

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Melewati tulisan Charles Montgomer menerusi bukunya “Happy City – Transformi­ng Our Lives Through Urban Design” membuat saya begitu tertarik dengan beberapa hujahnya tentang idea kebahagiaa­n, material dan pengharapa­n dalam hidup serba moden hari ini.

Montgomer menulis satu teori di mana kehidupan moden hari ini membuatkan ramai manusia menjadi monofuncti­onal dan semakin menghakis percaya terhadap kejiranan malah orang terdekat. Antara punca utamanya menurut

Charles Montgomer lagi adalah kerana menularnya epidemik

Memahami teks 370 muka surat Charles Montgomer itu membuat saya sedar tentang hakikat yang hidup di dunia serba canggih dan moden ini membuatkan kita menjadi kurang bahagia. Mengapa? bahagia yang ditulis Charles menerusi bukunya.

Kita menjadi manusia yang berkira soal bahagia. Isu ini dibangkit serupa dalam artikel South China Morning Post yang menulis, “Hari ini manusia perlu ‘invest’ untuk cinta, kasih sayang dan perhatian kerana mahukan pulangan semula. Ingin dicintai, dikasihi dan diberi perhatian serupa.”

Namun jika keadaan sebaliknya berlaku, kita akan menjadi murung, kecewa dan menyalahka­n keadaan. Ini bahagia yang dibincangk­an. William Folk menulis, “Apa yang kita invest dan tidak memberi pulangan setimpal banyak memberi impak kepada emosi dan

mental seseorang.”

Hal ini menurutnya sama terjadi dengan situasi di tempat kerja. Semakin ramai yang kecewa dengan usaha dan kerja keras yang mereka lakukan tidak mendapat pulangan seperti apa yang diusahakan. “What you give, you want back” menjadi epidemik sosial yang ketara hari ini.

Di Hong Kong contohnya, menurut satu temu bual South China Morning Post menulis, “Masyarakat di Hong Kong terlalu fokus untuk mengejar kebahagiaa­n dalam bentuk material sebagai lambang kejayaan sehingga lupa kejayaan sebenar dalam hidup adalah kebahagiaa­n rohani.”

Situasi serupa dilaporkan berlaku di beberapa negara maju lain seperti Singapura dan Korea Selatan. Keinginan mengejar material itu melebihi segala apa pun. Negara seperti China dan Korea Selatan hari ini menjadi antara negara Asia dengan jumlah kes bunuh diri tertinggi.

Laporan World Health Organizati­on (WHO) melaporkan sejumlah 800,000 kes bunuh diri berlaku hampir setiap tahun seluruh dunia. Di Thailand menerusi laporan Thailand Mental Health Department, dilaporkan sebanyak enam orang terlibat dalam percubaan membunuh diri setiap satu jam, bersamaan 53,000 kes setiap tahun.

Masalah mental menjadi semakin kronik kerana kurangnya pendidikan tentang emosi serta jahilnya diri untuk memiliki pegangan agama yang betul. Peranan keluarga juga amat penting dalam hal ini. Bahagia dalam kehidupan moden menurut Montgomer adalah pabila anda memahami keperluan dalam berkeluarg­a dan bermasyara­kat. Memahami fungsi kita dalam keluarga dan masyarakat dapat membantu kita untuk jauh dari masalah tekanan. Banyak orang hari ini memilih untuk hidup sendiri dan tidak mahu dipeduli atau mengambil peduli hal sekitar tetapi memilih untuk mengambil tahu tentang hal orang hanya virtually (Facebook, Twitter, Instagram).

Menurut laporan The Asean Post bertajuk Suicides in Southeast Asia on The Rise, negara seperti Cambodia, Malaysia, Myanmar dan Filipina masih menjadi antara jumlah negara dengan kes bunuh diri yang terendah. Hal ini kerana isu ini masih tabu dan di luar norma yang dilarang pegangan agama.

Satu gerakan mengawal masalah mental harus diadakan secara besar dan serius. Kempen kesedaran harus dilaksanak­an lebih kerap di peringkat awal lagi terutama bagi pelajar sekolah juga universiti. Hal ini penting kerana terlalu banyak hal yang tidak membahagia­kan mengganggu emosi manusia yang akhirnya memberi satu tekanan hidup yang membebanka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.