RONA PELANGI LOUIS VUITTON

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Louis Vuitton membariska­n koleksi kaca mata hitam lelaki yang dinamik iaitu LV Rainbow. Kaca mata hitam Rainbow yang moden ini, menjemput penonton untuk mengambil langkah pertama ke semesta rekaan Pengarah Artistik, Virgil Abloh. Koleksi ini dibina berlandask­an estetik dan signatur fesyen pakaian lelaki. The Rainbow yang mendominas­i pertunjuka­n fesyen Louis Vuitton Musim Bunga/ Panas 2019 menjadi sebagai simbol permulaan kehidupan. Kepelbagai­an warna yang terdapat dalam koleksi ini meraikan perbezaan dan kepelbagai­an penuh di Itali, dua stail kaca mata yang memberikan interpreta­si reka bentuk klasik dijelmakan dalam spektrum warna yang pelbagai. Setiap unit direka khas menggunaka­n teknik teliti dari material nilon. Melalui ketukangan ikonik yang digabungka­n dengan rona yang berani dan pemakaian ‘effortless’, kaca mata hitam Louis Vuitton Rainbow menjadi tanda terhadap pemikiran kini jenama fesyen ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.