FENDI X JACKSON WANG

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Fendi memperkena­lkan pelancaran koleksi kapsul istimewa direka bersama kolaborasi dengan penyanyi, penulis popular dan duta jenama rumah fesyen China, Jackson Wang. Bernaung di bawah pengarah kreatif Silvia Venturini, koleksi kapsul ini memggabung­kan gaya Jackson Wang dengan DNA Fendi, memberi nafas baru terhadap koleksi yang moden dan mewah yang memecahkan sempadan tradisi dan muzik. Koleksi kapsul FENDI x Jackson Wang akan dilancarka­n di 33 butik Fendi terpilih dan di laman web fendi.cn bermula 20 Julai, 2019. Bagi meraikan pelancaran koleksi kapsul FENDI x Jackson Wang, patung panda yang berjudul FENDIDI, di reka khas secara ekslusif oleh Fendi dan artis Oscar Wang yang akan berdiri di hadapan pintu masuk di Shamao Street di Chengdu IFS. Patung setinggi 3.3 meter dan lebar 2 meter ini berbentuk cuboid dan dilitupi oleh dinding kaca. Ayat yang bermula dengan huruf “F IS FOR...” direka secara halus yang mengetenga­hkan sifat romantis rumah fesyen ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.