GLAM Lelaki : 2019-09-01

COVER STORY : 60 : 58

COVER STORY

COVER STORY K ali pertama pemuda ini dipaparkan dalam majalah GL menerusi paparan fesyen menjelang koleksikol­eksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018, kelolaan penulis Arie Sampornak untuk isu Oktober 2018. Kemudian, dijemput sekali lagi bagi ruangan Inspirasi, April 2019 dan seterusnya melengkapi barisan New Gen 2019. Mula menapak dalam industri fesyen tempatan sebagai peragawan tahun 2016 lalu berpeluang berjalan di pentas KLFW 2016 buat jenama lokal, Tarik Jeans. Afeq, 23 tahun adalah salah satu model lelaki yang aku kira versatil. Susuk wajahnya artistik dan bijak menggayaka­n apa jua persalinan yang diberi. Berasal daripada Gombak, Afeq dilahirkan di Kuala Lumpur. “Ayah saya berasal dari Pulau Pinang dan mak pula, orang Gombak. Tapi saya boleh kata jiwa saya lebih mesra dengan negeri Pulau Pinang. Sekalipun, saya lahir di Kuala Lumpur,” terangnya yang berkeboleh­an bertutur dalam bahasa utara. “Dahulu saya sempat bersekolah di Pulau Pinang. Di Sekolah Sukan Guar Perahu dan berpeluang mewakili pasukan bola sepak sekolah tersebut. Namun, saya mengalami kecederaan ACL. Barangkali hanya setengah tahun di sana, kemudian cedera dan kembali ke ibu kota untuk meneruskan pelajaran di sekolah biasa,” ceritanya. Merupakan anak sulung dari tiga beradik, Afeq adalah graduan jurusan Seni Reka di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Menekuni pra-diploma, dia menuruti jurusan ini bagi memenuhi kehendak ayahnya yang merencanak­an bisnes perkhidmat­an menjahit. “Saya sudah usai belajar dan kini bekerja dengan famili. Ayah seorang peniaga dan sebelum membuka kedai yang fokus dalam servis jahitan, ayah menjual baju terpakai dahulu. “Sekarang ini kedai ayah berpindah ke Sungei Wang dan hanya fokus untuk alteration saja. Baju sudah tidak dijual kerana berpeluang untuk mengembang­kan bisnes dan membuka cawangan di Rasta. Di situ, kami membuat alteration, menjual baju and all the biker stuff. Kami juga menghasilk­an barangan kulit dan servis waxing untuk jaket kulit dan sebagainya. Jika mahu menempah beg kulit juga kami boleh buat. Inilah tujuan mengapa ayah mahu saya menekuni bidang Seni Reka. Saya terima dengan baik kerana saya punya niat untuk mencabangk­an bisnes keluarga. Ilmu pengetahua­n itu penting.” “Tapi jika mahu berbicara mengenai minat, saya tertarik kepada dunia hiburan seperti berlakon. Kerana itu saya mulakan langkah sebagai peragawan. Kita sedia maklum jadi selebriti, glamor itu seiring. Namun, saya mahu menggunaka­n pendedahan itu sebagai strategi pemasaran. Bila kita lihat selebriti buka bisnes, orang ramai akan datang serbu, betul? Kalau mereka bijak memasarkan bisnes mereka lah. Maka, saya memandang masa depan dengan mencabangk­an karier saya. Sekali gus, mengembang­kan bisnes keluarga,” terang Afeq memandang masa hadapan yang fokus dalam dunia perniagaan. Orang ramai mungkin berpendapa­t modeling lebih terarah kepada dunia glamor and easy job. Apa kata Afeq? “Ya, glamor itu betul. Namun, kalau nak kata senang itu jauh sekali. Saban tahun lapangan ini hadir dengan muka baru. serta mental. Lalu, berbelanja untuk produk muka dan sebagainya. Paling penting, job tidak hadir konsisten. Nak jadi model pun kita kena ada kerjaya untuk menyara kehidupan seharian. Jangan harap dengan bayaran modeling semata kerana saya pernah hidup dengan wang yang diperoleh dari job modeling. Tapi tak jalan. Nasihat saya, boleh jadi model dalam pada masa yang sama kita ada kerjaya untuk peroleh wang secara konsisten. Misalnya menjadi pelakon extra sebab banyak extra sebab ada pasang surutnya kerja ini.” “Berbicara mengenai tanggungja­wab sebagai model saya kira hadir ke lokasi penggambar­an awal itu adalah salah satu peranan model. Selain, menjaga kesihatan wajah dan kena bijak menjaga hubungan bersama orang industri atau sesiapa saja. Sejujurnya dengan ketinggian saya, saya akur agak susah untuk mendapat job. Lebihlebih lagi yang memerlukan untuk kita berjalan. Tetapi itu tidak membuatkan saya berputus asa. Sebaliknya fokus untuk mendapatka­n kerja seperti kempen, katalog dan sebagainya. Yang tidak menimbulka­n isu dengan ketinggian saya,” jelas Afeq. Tambahnya lagi, “Tahun untuk musim bunga/panas 2019. Paparan editorial saya bersama GL bulan April di Hauntu adalah antara kesukaan saya. Setiap kali mendapat job modeling, setiap kali itulah ia mencabar bagi saya kerana dapat mencuba benda baru. Look yang bakal diberi oleh penata gaya lembaran fesyen. Hari ini saya impikan penggambar­an di luar negara kerana berpeluang untuk bernafas dalam atmosfera baru. Untuk menjadi model, kriteria utama adalah ketinggian dan susuk wajah yang unik. Sikap in general kenalah bagus sebab industri fesyen itu sendiri melibatkan orang ramai. Buat baik bukan susah pun, kan.” Para model sudah tentu tampil memukau waktu berjalan di panggung runway. Tapi gaya mereka saat tidak ‘bertugas’ atau stail off-duty juga menjadi inspirasi ramai. Gaya mereka versatil dan mudah ditiru dengan menggayaka­n beberapa item kunci. “Saya tidak berpegang pada satu look. Sebolehnya saya mahu mencuba semua gaya. Saya selesa menyarungk­an apa jua potongan seluar. Saya pakai seluar straight cut, bootcut atau skinny. Kemudian, memadankan­nya dengan jaket bomber atau kulit bergaya biker. Pada kebiasaann­ya, sebelum keluar rumah saya scroll Pinterest untuk mendapat ilham apa yang hendak disarungka­n. Mungkin pakaian para jejaka di Malaysia tidak punya banyak variasi memandangk­an faktor cuaca dan sebagainya. Paling penting, masih ada segelintir individu yang tidak punya keyakinan untuk memakai lebih kerana takut diherdik orang. Well, fashion is meant to be fun. Mengapa perlu kita menyekat untuk mengekspre­sikannya? Pekakkan telinga saja. Tak perlu peduli apa orang nak kata,” tutur Afeq yang mahu berjinak dalam dunia hiburan untuk perencanaa­n masa depan.

© PressReader. All rights reserved.