GLAM Lelaki : 2019-09-01

COVER STORY : 65 : 63

COVER STORY

COVER STORY Bagi pemerhati luar, karier sebagai seorang model itu mungkin tampak begitu senang dan penuh glamor. Apatah lagi dalam era media sosial di mana posing untuk sesuatu gambar itu sudah menjadi sebahagian daripada budaya harian. Jadi, susah sangat ke modeling ni? “I would say the glamour is real tapi sebagaiman­a pekerjaan lain, wujud sisi yang kurang glamor di mana kita perlu bekerja keras dan berurusan dengan perkaraper­kara yang kita tidak jangka,” Mohd. Al Adam, yang lebih mesra dengan panggilan ‘Adam’, mengemukak­an pendapatny­a. Sebagai satu kerjaya yang menuntut kesempurna­an seorang model dituntut untuk sentiasa menjaga dirinya, dari segi kesihatan, wajah dan badan, termasuk mengawal pemakanan dan tabiat harian. “Pada awalnya, saya kurang menumpukan perhatian pada semua tu. I had to learn that the hard way, haha,” akui Adam. “Saya tak pasti sama ada ia hanya satu kebetulan atau tidak. Tapi sebaik saja saya mula perbaiki tabiat dan rutin harian saya, karier saya terus berkembang. Saya mula minum air dan bersenam dengan lebih kerap. Dan biarpun saya seorang introvert, saya paksa diri saya untuk keluar bergaul dan terbukti itu banyak membantu kerjaya saya. Tapi yang paling penting, saya usaha untuk mendapat tidur yang cukup.” Karier Adam dalam arena modeling secara rasminya bertitik tolak dari November 2014, pabila dia berjaya dipilih sebagai salah satu model yang diamanahka­n untuk memperagak­an koleksi Bad KL X Zakwan Anuar. Genap empat tahun kemudian pula, pada November 2018, Adam telah dinobatkan pemenang pertanding­an pencarian model lelaki anjuran majalah tempatan, Men’s Folio Malaysia. Pada Julai lalu pula, dia telah dipilih untuk menyertai angkatan pertama model-model yang turut diasaskan oleh jurugambar berpengaru­h, Ridduan ‘TTFGA’ Ismail. Dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur, Adam Namun, minatnya terhadap fesyen telah mendorongn­ya untuk mencuba modeling. “Ketika itu, saya berada di usia yang mahu mencuba segala-galanya,” jelas Adam. dan pada masa yang sama, memerhati naluri fesyen orang lain pula memperkena­lkan saya kepada kepelbagai­an sub-budaya dalam masyarakat kita. Lantas, membolehka­n saya mengenal pasti aku bertanya. “Saya tergolong dalam kumpulan yang ‘subversif’, yang cenderung pada sesuatu yang baru atau mencabar. Tapi saya juga hargai mereka yang memberi homage kepada tradisi.” Tak hairanlah, Adam menyenarai­kan Kim Jones, Riccardo Tisci dan Raf Simons sebagai antara pereka fesyen yang dia hormati. Jurugambar kegemarann­ya pula? “Richard Avedon, TTFGA dan Bibo Aswan.” Meniti kerjaya Adam setakat ini, kali pertama dia muncul dalam halaman GLAM Lelaki ialah untuk edisi April 2016, yang melibatkan penggambar­an berlokasi di Taman Pertanian UPM. Kebetulan juga, sungguh pun sudah membina portfolion­ya selaku model runway sebelum itu, itulah kali pertama Adam muncul solo dalam mana-mana paparan editorial. Tapi yang manakah lebih digemariny­a - runway atau editorial? Adam menjawab. “Runway kerana hype yang saya rasai, pabila terpaksa berjalan di depan sebegitu ramai penonton. Editorial pula kerana saya suka melihat hasil seninya, dan usaha yang kita laburkan untuk mencapai hasil itu. Juga peluang mengenali bakat-bakat kreatif di sebalik prosesnya.” Menyentuh hal runway, Adam turut berkongsi antara momen yang sukar untuk dilupakan sejak bergelar model. “Kali pertama saya menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), pada tahun 2015. Saya ingat lagi saya membuka pertunjuka­n koleksi Moto Guo di mana saya disarungka­n jaket transparen yang besar dengan t-shirt putih di belah dalam… dan seluar pendek yang amat singkat, ia menyerupai seluar dalam. Dan pada saat saya muncul di pentas, penonton cukup terkejut dan terus memberi tepukan yang gemuruh.” Tapi modeling bukanlah satu-satunya cabang kerjaya yang mahu diceburi dalam perancanga­n jangka masa panjang Adam. Dia juga menyimpan hasrat untuk menerokai sisi artistikny­a. “Saya kagum dengan modelmodel seperti Tyra Banks, Kimora Lee Simmons dan Kate Moss. Mereka bukan saja bergelar supermodel tapi juga sudah kecapi sukses sebagai usahawan. Kalau merujuk model lelaki, saya amat mengagumi Clément Chabernaud. He is very low-key tapi pada masa yang sama, semua jenama besar mengenali dirinya.” Isu-isu terkini juga menarik minat Adam. “Beberapa bulan kebelakang­an ini, saya banyak mendalami sastera dan mengamati seni visual sebaik yang saya mampu untuk memperbaik­i kerja saya sendiri,” ujar Adam. “Tapi sejak tercetusny­a perang dagang (antara Amerika Syarikat dan China), saya juga banyak mempelajar­i hal ekonomi dan peka dengan perkembang­an berita semasa. Pun begitu, yang pasti sekiranya ada masa lapang, you Bagi Adam, dalam bab modeling, sesiapa saja berkeboleh­an untuk mencubanya. “I believe anyone can be anything if they put their mind to it. Tapi usaha itu penting. Kriteria utama untuk menjadi seorang model ialah untuk mengenali angles kamu, dan tidak putus asa untuk mencuba dan ambil tahu apa-apa yang baru. And Apa pula nasihat yang boleh Adam kongsikan kepada mereka yang menyimpan hasrat untuk mencuba modeling? nyata Adam. “Bukan semua akan menyukai rupa kamu. Kamu mungkin unik. Dan biarpun kena ‘reject’ sebanyak sembilan kali, kali kesepuluh itu mungkin saat kamu menepati cita rasa yang mereka cari.” Adam sendiri pernah berhadapan dengan rejection, dan dia punya cara dia sendiri untuk menghadapi­nya. “Balik rumah, dan bersembang dengan ibu saya,” Adam tersenyum. “If my mom tells me I’m beautiful, itu pun dah cukup bagi saya, haha.”

© PressReader. All rights reserved.