GLAM Lelaki : 2019-09-01

COVER STORY : 68 : 66

COVER STORY

COVER STORY S edar atau tidak, ini merupakan kali kedua Syahir Shafein diberi peluang menghiasi sampul depan majalah GLAM Lelaki. Kali pertama, biarpun wajahnya tak kelihatan, badannya telah mendamping­i pelakon Ain Edruce pada muka depan GL edisi Februari tahun ini. Berbicara perihal badan, Syahir has one of the best bods in the business. Tinggi lampai pada 189 cm dengan berat badan 77 kg, Ahmad Syahir Bin Mohd. Shafein yang baru mencecah usia 24 tahun ini sememangny­a atletik sejak kecil lagi. Malah, pernah mewakili sekolah dalan arena sukan. Dan sukan jugalah yang membuka jalan kepada Syahir untuk menyertai dunia modeling. “Asalnya, scout di kalangan pemain perlawanan liga tempatan,” jelas anak kelahiran Kelantan ini. “Saya memang gemar bola sepak dari kecil lagi, dan pernah pun mewakili kolej. Ketika itu saya masih belajar, dan tanpa dirancang, berjaya dipilih Pengenalan­nya kepada dunia lakonan telah mendekatka­n Syahir kepada orang-orang industri, yang rata-rata menyaranka­nnya untuk mencuba modeling memandangk­an ketinggian yang dimiliki dan bakat lakonannya masih mentah. Maka, sejak itu, Syahir pun mula mencuba nasib menghadiri casting untuk fesyen, sehinggala­h berjaya direkrut untuk merentasi pentas kelebihan saya yang tinggi, saya lebih kepada runway model,” Syahir memberi penjelasan. “Salah satu momen bila saya rasa saya berjaya menjadi model ialah pertama sekali diberi peluang berjalan untuk Minggu Fesyen Kuala show pun, baru dapat satu. Tapi dari situ saya dapat rasa nervous, ‘macam ni ke perasaanny­a jadi model?’ Dan dari situ juga saya mula belajar.” Apa perasaanny­a masa tu? “First time buat runway, perasaanny­a tak boleh nak cakap,” akui Syahir, tersenyum mengimbau kenangan dulu. “Saya ingat lagi masa tu, tangan berpeluh, rasa gabra. Toleh kiri kanan, nak cakap dengan orang pun tak kena, ada saja yang tak kena. Tapi selepas saja satu show tu... rasa puas hati tu I can do better. Next time, this is what I’m going to do.” Syahir sentiasa melihat setiap pengalaman itu sebagai peluang untuk memperbaik­i diri. Kemahuan untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik itulah yang menjadi motivasiny­a dalam bidang ini. “Saya boleh katakan saya seorang introvert. Jadi saya mahu cuba cari kelainan dan cabar diri saya untuk keluar dari zon selesa. Salah satunya, modeling dari dalam. Ia mengajar saya untuk terima kekurangan yang ada juga untuk berkomunik­asi dengan lebih cekap. Dari situ saya dapat motivasi. “ Motivasi itu penting dalam apa pun kerjaya, apatah lagi bidang modeling yang cukup kompetitif dan cerewet. Rezeki dunia modeling tidak menentu dan hanya segelintir model yang punya bakat, disiplin dan nasib untuk pergi jauh. “Saya sendiri, untuk dua tahun yang pertama, struggle juga,” Syahir berkongsi. “Pergi buat test shoot, penat tak buat duit. Hanya selepas 3-4 tahun baru mendatangk­an hasil. Sekarang baru saya dapat rasa hasilnya sikit. Itu pun banyak lagi yang perlu saya pelajari.” Seorang model juga perlu kulit yang tebal dan bersikap terbuka pada kritikan. Kerana pastinya untuk seorang model, menghadapi rejection itu adalah asam garam karier ini. Bagaimana agaknya Syahir mengatasi pengalaman sedemikian? “Saya sendiri tanamkan dalam diri saya bahawa rezeki itu Allah yang beri. Kita hanya perlu buat yang terbaik,” jawab anak keenam daripada sembilan adik-beradik ini. “Dan mungkin kita belum cukup baik, jadi kita kena belajar dari situ. Apa boleh diperbaiki, apa yang silap? Mungkin tak cukup ke, tak jaga kulit ke… rejection is normal. Selaku bekas graduan Management and Science bidang pengurusan perniagaan dan pernah bertugas sebagai jurulatih peribadi sambil mencari rezeki dalam dunia modeling. Namun, pada hujung tahun lalu, merekrut Syahir untuk bernaung di bawah pengurusan mereka. Lantaran itu, Syahir pun membuat keputusan untuk memfokuska­n pada modeling secara sepenuh masa. Malah, kini Syahir sudah berangkat ke Jakarta untuk mencuba nasibnya di sana. “Jujurnya, buat masa sekarang, saya punya benchmark ialah Miller Khan,” ujar Syahir pabila ditanya karier seperti siapakah yang mahu dia kecapi. “Miller bermula dengan modeling sebelum terus ke bidang lakonan. Sekarang dia sudah ke Indonesia, dan bertapak di sana. Jadi buat sementara waktu ini, saya jadikan dia idola untuk mencabar diri saya. Mungkin saya juga boleh pergi lebih jauh selepas ini, bukan dalam modeling saja tapi bidang-bidang lain dalam industri hiburan. Misalnya berlakon atau mengacara mungkin. Saya mahu kepelbagai­an dalam kerjaya saya.” Menyentuh bab lakonan, Syahir baru saja selesai penggambar­an sebagai ekstra dalam mini-series yang sama saya cuba untuk kembali ke bidang lakonan, dan tengah mempersiap­kan diri untuk menghadiri kelas lakonan.” Syahir juga punya ambisi untuk membawa bakat modelingny­a ke seluruh Asia mahupun Eropah. Tapi jauh mana pun dia merantau, GLAM Lelaki sentiasa mendapat tempat di hatinya. “Sebagai model runway, saya jarang sekali mendapat tugasan editorial. Jadi paparan fesyen GLAM Lelaki yang melihatkan saya adalah editorial favourite saya setakat ini,” Syahir tersenyum lebar. “Juga kerana salah satu kekuatan saya ialah bentuk badan saya amat serasi disarungka­n sut.” Untuk mengakhiri perbualan, aku bertanya apakah satu-satunya pelajaran hidup yang boleh Syahir kongsikan dari pengalaman­nya bergelar model selama sebelum bersuara, “Apa yang saya belajar ialah tentang diri sendiri. You have to be true to yourself. And be kind – you already have to do what you’re going to do jadi apa salahnya kalau kita ambil berat fasal orang sekeliling?” Satu nasihat yang cukup bernas.

© PressReader. All rights reserved.