GLAM Lelaki : 2019-09-01

COVER STORY : 73 : 71

COVER STORY

COVER STORY erdarah kacukan India-Rusia, ayahnya berbangsa India tempatan dan emaknya pula dari Russia. Kirill Mogan mencecah usia 19 tahun, Mei lalu dan pemuda ini tinggi lampai orangnya dengan ketinggian 193 cm. “Saya tamat menekuni program pra-siswazah di Sunway College tahun lepas. September ini bakal terbang ke United Kingdom untuk melanjutka­n pembelajar­an dalam jurusan kiroprakti­k di Cardiff. Saya bakal menetap sehingga usai berkelulus­an Master. Sungguhpun saya agak tinggi, saya sering ditanya adakah saya aktif bermain bola keranjang atau bola tampar. Tidak, sebaliknya saya memilih untuk aktif bermain bola sepak dan futsal,” cerita anak tunggal ini memperkena­lkan diri lalu aku usulkan sekiranya Kirill boleh berbahasa Rusia. “Saya dilahirkan di Ipoh dan bersekolah juga di sana sebelum berpindah ke KL pada tahun 2012 bersama keluarga,” tambahnya lagi. “Bercerita mengenai bermulanya kerjaya sebagai peragawan, kala itu saya ternampak iklan pencarian uji bakat modeling untuk KLFW edisi 2017 di Instagram. Pada masa tersebut, ketinggian saya hanya 187 cm berbanding hari ini pada ketinggian 193 cm. Keduadua ibu bapa saya lebih pendek daripada saya tetapi di kalangan semua sepupu, saya yang paling pendek. Fun fact, hanya saya di bawah 2 meter. Berbalik pada cerita saya, selepas terlihat iklan tersebut saya memutuskan untuk mencuba nasib. Di samping itu, saya tidak punya pengetahua­n dalam bilang peragaan ini. Zero. Sebaik sahaja saya tiba di uji bakat, sudah panjang orang beratur menunggu giliran masing-masing dan saya hanya perlu menunggu untuk nama saya dipanggil. Perasaan ketika itu agak gementar kerana pertama kali menghadiri acara seperti itu. Saya hanya berjaya menenangka­n diri selepas sesi runway dan dari situ semuanya berjalan lancar. Selesai uji bakat, saya pulang ke rumah dan berharap agar terpilih membarisi minggu fesyen tersebut. Selepas dua hingga tiga minggu, saya mendapat panggilan dan berjaya di senarai pendek. Saya dipanggil untuk kembali buat sesi Demikian, inilah permulaan kerjaya saya sebagai peragawan,” terang Kirill terperinci. “Di bawah kontrak bersama KLFW, saya tidak terikat dengan mana-mana agensi. Justeru, ia lebih seperti jika mereka punya job dan saya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Saya dipanggil untuk turut serta dan KLFW banyak memberi pendedahan. Kesemua jenama lokal atau acara fesyen yang saya peroleh bermula dari pentas KLFW tahun 2017 dan saya tidak menjangkak­annya. Membina kerjaya sebagai model ini tidaklah seperti kerjaya yang sedia ada. Maksudnya yang kita tahu. It’s Saya bertuah, juga bersyukur kerana dapat pelbagai pengalaman manis dengannya. Saya dapat bertemu dengan ramai orang dari negara yang berbeza dan membuat kawan baru. Kenapa saya memilih untuk berjinak dengan modeling adalah kerana saya punya ketinggian dan sehabis baik memanfaatk­an anugerahny­a. tetapi mereka menyuruh saya untuk mempertimb­angkannya. Saya cuba dan jatuh hati dengan lapangan fesyen. Semasa minggu fesyen tersebut saya masih bersekolah di Sekolah Antarabang­sa Sunway. Tamat sesi persekolah­an saya terpaksa bergegas ke Pavilion untuk mekap dan tatarias rambut,” kata Kirill yang hanya berusia 17 tahun saat itu. “Saya suka membuat kenalan baru. Itu adalah salah satu faktor yang mendorong saya melangkah dalam dunia peragaan. Juga memberi gambaran mengenai industri fesyen. Kadangkala waktu bekerja kita tidak pasti dapat bertemu muka dengan siapa. Hanya menyedari bila kita duduk bersebelah­an waktu tatarias. Contohnya saya berpeluang untuk mengenali rapper terkemuka tanah air sewaktu penggambar­an kempen kolaborasi Fashion Valet bersama Joe Flizzow. Yang penting, saya tidak mengejar glamor itu dan mungkin bingkisan industri bergerak seiring dengan dunia glamor.” Berkongsi pendapat mengenai tanggungja­wab sebagai peragawan, Kirill menjawab, “Pertama sekali lapangan fesyen didominasi oleh kaum wanita. Fahamkan konsep itu terlebih dahulu kerana jangan hairan mengapa model wanita dibayar lebih tinggi berbanding lelaki. Namun, persaingan di antara lelaki tidaklah sengit seperti model wanita. Bagi model lelaki, kita hanya perlu menyempurn­akan kesilapan kecil misalnya cara berjalan. Walhal model wanita punya lebih tanggungja­wab untuk menjaga wajah, rambut, melatih cara berjalan dengan kasut tinggi dan sebagainya. Sebagai model, adalah wajib untuk menjaga imej anda. Cumanya anda perlu tahu kategori apa yang bakal anda wakili kerana hari ini industri fesyen lebih bersifat terbuka. Menerima pelbagai rona kulit, jenis bentuk badan dan sebagainya. Jika anda ingin menjadi model dan dipaksa untuk menjadi sangat kurus, lain pula ceritanya. Mengekalka­n susuk tubuh adalah vital tetapi bagi saya ia tidaklah berbaloi. Kita hanya perlu amalkan diet pemakanan serta gaya hidup yang sihat,” terang pemuda ini yang berhajat untuk meneruskan perjuangan di UK nanti. “Dua tahun berkecimpu­ng dalam dunia peragaan, saya sukannya dan berjaya mengimbang­kannya dengan pelajaran saya. Jika saya mahu melanjutka­n kerjaya ini sepenuh masa, saya perlu pergi ke Eropah kerana di situlah semua perkara utama mengenai fesyen berlangsun­g. Lebih-lebih lagi minggu fesyen lelaki. Di Malaysia agak sukar kerana skalanya lebih kecil. Di UK nanti, saya bakal mengambil peluang yang diberi sambil belajar. Berbicara mengenai pengalaman pilihan, beberapa bulan yang lalu, saya peroleh job dan perlu ke lokasi di tepi pantai di Klang. Saya sendiri cintakan laut dan kempen pakaian bersama Zalora ini dekat di hati di samping lembaran fesyen yang saya bintangi untuk isu Ogos tahun lalu bersama GL. Tersemat sama, job pertama di pentas KLFW edisi 2017. Seperti yang saya ceritakan, saya berusia 17 tahun kala itu dan masih menuntut di sekolah menengah. Waktu itu saya tidak punya lesen memandu dan mengharapk­an sepenuhnya dengan pengangkut­an awam dari Subang ke Pavilion,” terang Kirill menutup bicara. B

© PressReader. All rights reserved.