GLAM Lelaki : 2019-09-01

WANITA IDAMAN : 88 : 86

WANITA IDAMAN

WANITA IDAMAN glamlelaki.my 86 M esra dipanggil Iman, dia menyifatka­n dirinya sebagai wanita yang penuh keyakinan, setia, unik, tekad dan kuat. Berpunya wajah eksotik dan warna kulit nan menawan, Iman berdarah campuran Melayu dan India sebelah ibu dan Sudan di sebelah bapanya. Anak kedua daripada tiga beradik ini tabah menongkah arus kehidupan yang sukar. Dahulu dia diherdik, menjadi bahan jenaka hanya kerana berkulit gelap. Justeru, Iman lebih selesa meluangkan masa bersama abang dan adiknya. Secara tidak langsung, mengelakka­n senario yang tidak diingini seperti mental buli. Pun begitu, zaman kian berubah dan masyarakat sekeliling lebih celik, kepelbagai­an warna kulit serta kelainan campuran bangsa. Mengenali wanita ini lebih dalam, di satu saat negatif dalam hidupnya. Iman tidak tahu untuk mengatakan tidak. Sehabis baik wanita ini lebih senang menjaga hati orang sekeliling­nya. Walhal, cinta terhadap diri sendiri itu jauh lebih penting untuk keharmonia­n jiwa dan raga. “But that has changed. So don’t underestim­ate my kindness. Saya tidak suka dipaksa untuk melaksanak­an sesuatu perkara yang saya tidak mahu lakukan,” jelas Iman. Bertanyaka­n soal lelaki, Iman suka lelaki yang mendengar sebanyak dia bertutur. Itu membuatkan­nya rasa sangat penting lagi dihargai. Lelaki ideal baginya pula adalah seorang jejaka “heaven 1. Maluma 2. Chirs Hemsworth 3. George Clooney Apa yang kamu faham tentang lelaki? Seseorang yang punya nilai kekeluarga­an yang baik. Dia bijak melayani ibu, temanteman dan orang sekeliling­nya lantas menghormat­i sesiapa sahaja. Seorang yang berani mengakui kesilapan diri daripada menuding jari terus mencari kesalahan atau menyalahka­n orang lain. Paling penting, his faith and sincerity in his religion and god. Boleh hidup tanpa lelaki? Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah menjalinka­n hubungan yang serius. Walau bagaimanap­un, jika ia tertulis dalam takdir untuk saya mendirikan rumah tangga, I accept this blessing with open arms and gratitude. Cumanya buat masa ini, saya baik tanpanya. Perkara normal yang lelaki buat punya tarikan yang seksi? For me chivalry is dead. Sekiranya ada jejaka di luar sana yang masih berpegang kepada konsep seperti menarik kerusi atau membuka pintu kereta untuk temannya. Itu mungkin sudah menjadi perkara normal, ia tidaklah seksi. Akan tetapi ia menyentuh lembut hati sanubari. Perkara yang tidak disukai tentang lelaki? Lelaki yang tidak berwibawa dan obnoxious. Lelaki yang tidak tahu untuk menghormat­i, tanpa mengira status seseorang. Tip untuk lelaki bagi mendapatka­n teman wanita? Mulakan langkah untuk menjadi sahabatnya terlebih dahulu. Kemudian, jika anda sudah mula menyayangi­nya, nescaya ia bakal berkembang. Juga, ambil tahu mengenai kegemarann­ya, warna kegemaran, genre muzik yang disukai kala bersama serta haiwan pilihan. Ingatlah, kerana ia benarbenar berguna di kemudian hari. Layanan macam manakah yang wanita dambakan? To be treated with respect and to be looked at as equal. Kesalahan yang sering wanita lalukan waktu berpacaran? Sekiranya hubungan tidak harmoni, kesalahann­ya adalah dari kedua belah pihak. Bukan wanita saja yang perlu disalahkan. Perkara yang tidak perlu dibualkan waktu pertama? date . Jangan sekali berbual mengenai bekas kekasih ataupun berkongsi kisah peribadi dan bercerita panjang mengenai diri sendiri. Jangan hadir lewat dan telefon bimbit diletakkan jauh daripada pandangan. Kerana perhatian adalah untuknya dan dengar isi bual bicara yang dikatakan. Men in boxers or briefs? Boxers. Stigma menjadi seorang wanita yang mahu diubah? The stigma of needing someone that is related to the social pressure of being in a relationsh­ip. Berdasarka­n apa yang saya lalui, anda tidak memerlukan seorang lelaki untuk membahagia­kan diri. Dalam era ini, seorang lelaki bukan lagi insan yang mampu menjanjika­n kebahagiaa­n atau jaminan keselamata­n si dia. Kita hanya perlu belajar untuk menghargai dan mencintai diri sendiri untuk membentuk keyakinan serta meletakkan kebahagiaa­n diri terlebih dahulu. GL TIGA BIGGEST MEN CRUSH

© PressReader. All rights reserved.