JOE CHIA BABAK 14

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN - Teks: Arie Sampornak

Label Joe Chia ber kiran moden dan tak lagi berpegang kepada ketradisio­nalan, di mana rekaan khusus lelaki atau wanita. Apa jua jantina boleh menyarung serangkaia­n Joe Chia. Siluet, warna dan butiran yang menyemati jiwa koleksi musim luruh 2019 memperkena­lkan ilham kepelbagai­an. Seluar bersiluet menegaskan tiga potongan utama, yakni J Cut, C Curve dan lurus mencedok inspirasi militari. Material yang digunakan adalah semula jadi seperti linen, 100 peratus kapas dan wool. Menjadi satu fokus kukuh dalam koleksi musim luruh kali ini. Pendekatan jati diri Malaysia turut menjiwai koleksi Joe Chia buat julung kalinya, di mana aspek cetakan batik tradisiona­l dipadankan bersama pakaian musim luruh. Satu ekspresi seni Joe Chia yang wajar dibanggaka­n. Kefungsian disemarakk­an melalui setiap helaian terkandung, sehingga dijadikan pangsi ilham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.