KAPSUL GUE88

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

88rising dan GUESS mengumumka­n pelancaran koleksi kapsul kolektif mereka, GUE88. Selepas kerjasama baru yang berjaya pada bulan November lalu, tahun ini, 88rising dan GUESS telah memperluas­kan tawaran kerjasama itu kepada 54 helaian yang turut memaparkan jaket denim, hoodie, bodysuit, seluar kargo dan aksesori. Kedua- dua jenama ini berpegang pada simbol ikon dan kisah mereka sendiri, dengan mencipta naratif gra k yang menggabung­kan bahagian-bahagian yang sama dengan DNA GUESS. Koleksi baru ini lebih tertumpu kepada perincian teknik acid wash penuh yang sememangny­a sinonim dengan jiwa GUESS. Untuk meraikan pelancaran koleksi ini, gambar berkonsep buku tahunan sekolah daripada barisan penyanyi 88rising seperti Rich Brian, Joji, Bruder, Masiwei dan NIKI dijadikan gambar kempen rasmi koleksi ini. Helaian kolaborasi ini tersedia di butik GUESS Pavilion, KLCC dan Sunway Pyramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.