BERGAYA UNTUK SEMUA MAJLIS

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Untuk memenuhi tuntutan fesyen setiap majlis dan acara, seorang lelaki tidaklah memerlukan gerobok yang besar untuk tampil bergaya. You just need the right items. Ekoran realiti ini, jenama tailoring lokal, Wardrobe, telah membentang­kan Koleksi Kapsul 2019 merangkumi 10 looks berbeza untuk membawa si pria profesiona­l dari bilik mesyuarat ke majlis hujung minggu dengan jayanya.

Bermula dengan sut urusan ( lounge suit) dengan jaket dan seluar sepadan corak dan warna, dilengkapi kemeja, tali leher dan opsyen rompi, sebagai uniform kala menghadiri majlis formal atau urusan bisnes. Sebagai variasi, setiap lelaki harus ada sekurang-kurangnya sepasang sut double-breasted sebagai pilihan lebih so stikated. Day suit pula dijadikan pilihan lebih kasual untuk dipakaikan di waktu siang, dihadirkan dalam pilihan rona lembut seperti kelabu muda dan warna-warna tanah.

Satu item cukup versatil, blazer pula dalam warna tradisi biru gelap boleh digayakan ke mesyuarat kasual, kelab riadah ataupun dibawa berpergian. Cukup mudah dipadankan dengan seleksi kemeja kasual, kemeja polo dan ajnas celana dalam pilihan kelabu, putih atau khaki. Opsyen paling kasual sudah tentu jaket sports, pilihan terbaik untuk celana chinos atau jean kegemaran anda, dilengkapi sentuhan simple kemeja atau kemeja T putih. Lazimnya menyerlah dengan seleksi corak, tekstur dan warna yang menarik, jaket sports ideal buat kehadiran ke parti, majlis koktel atau makan malam. Kemudian, memandangk­an jemputan ke majlis perkahwina­n mewah sudah pasti sebahagian kalendar sosial lelaki kota, maka tuksedo wajib ada dalam gerobok anda. Sebagai alternatif yang lebih dressy, dinner jacket pula memenuhi tuntutan majlis ultra-formal yang punya kod pakaian ‘black tie’ seperti parti formal eksklusif atau acara anugerah.

Keistimewa­an persalinan Wardrobe sudah tentu kebebasan anda untuk memilih warna dan corak setiap satu helaian koleksi ini, yang kemudianny­a dicipta berdasarka­n ukuran badan anda. Kunjungi cawangan Wardrobe di Jalan Maarof Bangsar, Parkson Pavilion KL, Hotel Sheraton Imperial KL dan IOI City Mall Putrajaya untuk membuat tempahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.