WHO TO LOOK FOR DURING FASHION WEEK?

GLAM Lelaki - - RENCANA - GL

THE WHO’S WHO

Sewaktu ke acara Louis Vuitton, Dior Men dan Celine, saya berpeluang bertentang mata dengan beberapa ‘orang kuat’ media fesyen. I know this might sound like ‘budak baru’ dalam industri, tetapi golongan seperti merekalah yang saya kagumi. Sebelum ini, saya sekadar mengikuti ‘update’ mereka di media sosial, sekarang saya dapat berjumpa, bertegur dan duduk sama baris dengan mereka. Ia menunjukka­n that you are no different to them. Masingmasi­ng sama tarafnya.

Di acara-acara berikut, saya dengan selamba menyapa dan menangkap gambar Luke Jefferson Day (Ketua Editor GQ Style British), Imran Amed (CEO Business of Fashion), Milan Vukmirovic (Ketua Editor Fashion for Men), Philip Picardi (Pengarang OUT magazine), Carine Roitfeld (Penata Gaya & Ketua Editor Harper’s Bazaar) dan beberapa individu lagi. Pada saya, merekalah antara orang media dan kelompok belakang tabir yang sepatutnya mendapat jemputan, diraikan serta diberi keutamaan untuk duduk menonton pertunjuka­n fesyen. Apa yang saya perhatikan, mereka datang bukan sekadar perlu bertugas, tetapi turut hadir untuk beri sokongan sebagai kawan. Jika hendak dibandingk­an dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur, nilai exclusivit­y itu sangat kurang. Sesiapa sahaja yang mahu datang atau hendak merasai pengalaman ke fashion show, dibenarkan masuk asalkan punya tiket. Pereka fesyen kita tidak mementingk­an kehadiran individu seperti Ketua Editor, Editor Fesyen, dan seangkatan­nya, tidak perlu pastikan mereka akan datang atau tidak ke fashion show mereka. Kawan-kawan yang duduk serumah atau kawan lepak lah yang kebanyakan pereka fesyen kita lebih pentingkan. Most of them just want the hype. Bukan serius untuk menjalani perniagaan fesyen. Hendak nampak cantik dalam Instagram dan luaran, sebab itu kawan-kawan yang hanya punya rupa atau rasa ada pengaruh, diletakkan dalam guests list. They just want to look cool. Bukan tujuan nak berbisnes. Segelintir pereka fesyen kita terutamany­a yang baru hendak menceburi bisnes fesyen patut rujuk dan ambil tahu siapakah ‘the who’s who’ yang sepatutnya datang ke pertunjuka­n fesyen. Belajarlah, dik.

LOKASI-LOKASI BERSENI

Di samping itu, memang Paris antara kota yang bertuah kerana memiliki variasi lokasi unik, indah dah berseni yang boleh dijadikan tempat penganjura­n acara fesyen. Tempat yang tersorok pun indah belaka. Ada karakter tersendiri. Apatah lokasi yang sudah pun menjadi kawasan tarikan pelancong dan popular, seperti muzium Lourve, Palais Garnier, RMN-Grand Palais, Luxembourg Palace dan banyak lagi. Peluang tersebut sememangny­a digunakan sebaiknya oleh label-label fesyen sebagai tempat mengadakan acara fesyen.

Paris ada banyak lokasi pilihan, asalkan ia menepati tema yang telah dirancangk­an. Antara lima pertunjuka­n fesyen yang saya berpeluang pergi, lokasi pilihan jenama Paul Smith adalah paling saya kagumi. Ia terletak berhampira­n dengan Sacre-Coeur (mengikut Google Maps) dan setelah sampai di sana, saya terpaksa berpusing-pusing selama 15 minit untuk mencari lokasi sebenar. Rupanya, ia bertempat di dalam suatu ruang acara lama yang hanya pintu hitam besar sebagai petanda. Dan di sebelah kirinya merupakan tangga ke bawah tanah untuk pergi ke stesen kereta api Metro. Puaslah saya pusing mencari tempat tersebut, setelah ternampak ramai tetamu bergesa menuju ke arah pintu tersebut, barulah saya sampai ke tempat acara. Dalam kawasan yang sesak dengan manusia dan banyak pengangkut­an, rupanya tersorok satu ruang yang boleh dijadikan tempat pertunjuka­n fesyen. How amazing is that? Seperti yang saya katakan tadi, kota Paris punya segalanya.

Setelah menjadi ‘saksi’ kepada Minggu Fesyen Paris, saya berasa buat individu yang bercita-cita untuk mencipta nama dalam dunia fesyen, impilah sesuatu yang besar. Perlu ada matlamat dan serius dalam menjalani bisnes fesyen. Dan haruslah, salah satunya mengimpika­n jenama mereka untuk dapat menembusi pasaran di Eropah, seperti Paris.

Benar, ia bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabang­sa dan menempa nama kerana untuk sampai ke Paris pun belum tentu. Ambil contoh, Joe Chia, anak Kelantan yang bersungguh mencorak kerjayanya dalam fesyen sehingga berjaya merasai pengalaman memasarkan koleksinya di Paris.

Oleh yang demikian, tak mustahil buat pereka-pereka fesyen tempatan yang mahu mementaska­n koleksi mereka di tengahteng­ah kota Paris. Peluang untuk berkarya dalam fesyen amat luas di sana. Harapnya saya juga dapat berkunjung ke Paris berkali-kali lagi buat menikmati perspektif lain yang jauh lebih bermakna buat fahaman sendiri. Terima kasih kepada rezeki yang telah dikurniaka­n kepada saya dengan izinnya saya dapat mencipta kenangan dan mencapai impian menerokai Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.