MERAI ULANG TAHUN KE-40

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Peruncit jam tangan mewah berpangkal­an di Singapura, The Hour Glass meraikan ulang tahun ke- 40 tahun ini. Lalu, menciptaka­n edisi penghargaa­n bersama rakan kongsi merangkap jenama jam tangan independen­t terkemuka, Urwerk. Jam tangan Urwerk UR-105 Hour Glass 40th Anniversar­y Commemorat­ive Edition hadir terhad, hanya kepada tiga utas. Langsung, dilengkapi dengan kelebaran case 39.5 mm yang diinspiras­ikan oleh barisan UR-103. Kemudian disempurna­kan dengan tingkap dari batu nilam yang lebih besar buat susuk rekaan UR-105. Di samping itu, plat permukaan atas diolah dalam gangsa kemasan sandblaste­d yang sama seperti edisi UR-105 CT Maverick Bronze. Di mana, ia diperbuat daripada aloi hasil rumusan Urwerk untuk menjadikan­nya lebih gelap daripada kebanyakan jam tangan gangsa dalam pasaran dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.