IDENTITI SUSUK ASAL

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Zenith kembali menghadirk­an koleksi arloji El Primero dalam edisi eksklusif dan terhad. Jam tangan Zenith El Primero Reviral G381 ini merupakan penghormat­an buat ulang tahun ke-50 tahun dari denyutan El Primero yang inovatif. Selain itu, siri ini juga memberikan penghormat­an pada susuk reka model asli dan era keemasan dari kronograf automatik berkecepat­an tinggi. Sama seperti aslinya, koleksi arloji ini memiliki case berdiamete­r 38 mm dalam emas kuning 18K. Serta dail putih dan perincian kaunter kronograf gaya Panda rona hitam membingkis keterbacaa­n jelas. Gaya sub- dial Panda ini mencermink­an aspek utama sekali gus merupakan identiti asli dari G381 edisi 1969. Termasuk ukuran crown dan penekan kronograf yang lebih kecil. Jam hanya terjual secara eksklusif menerusi Hodinkee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.