KEMASYHURA­N KETENTERAA­N

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Di atas gunung yang tenang lagi nyaman di Les Genevez, Switzerlan­d, jenama jam tangan independen­t Edox meraikan ulang tahun ke-135nya. Kembali pada tahun 1884, pakar pembuat jam tangan Swiss, Christian Rue i mencipta jam poket untuk ulang tahun isterinya. Disenangi oleh pemberian itu, isterinya mendorong keyakinan Reu i untuk memulakan Edox. Memasuki lapangan arloji, kemudian Edox meraih reputasi sebagai 'juara air' dengan mencitraka­n jam tangan kalis rintangan air yang baik. Maka, tidak hairanlah bahawa lukisan misteri yang tersimpan rapi dalam arkib Edox dihidupkan semula. Sang legenda Skydiver Edox hadir dalam edisi terhad kepada 555 utas. Edox Skydiver Military dikuasa kaliber 80 Swiss yang kalis air sehingga kedalaman 300 m. Juga disertakan bezel berputar sehala rona hijau zaitun dan diukir motif paracut pada belakang case kerana ia diinspiras­ikan oleh laman ketenteraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.