FLEKSIBEL, BERFUNGSI & EDGY

GLAM Lelaki - - STAIL -

Semestinya, rekaan beg Saddle Dior yang dihidupkan semula oleh Jones sejak perlantika­nnya di

Dior Men menjadi inspirasi utama dalam himpunan nilon ini. Direka sebagai satu homage kepada dunia ekuestrian, beg Saddle pertama kali dijelmakan pada tahun 1999 lalu segera mencapai status ikonik hasil daripada desainnya yang distingtif, versatil dan edgy.

Untuk musim sejuk 2019-2020, Jones mentransfo­rmasikan beg Saddle sebagai satu fanny pack nilon yang menyatukan elemen fungsi dengan gaya personal. Cukup eksibel untuk dililitkan di pinggang, bahu ataupun dipakaikan merentasi dada ala cross-body. Rekaannya yang minimal dan berestetik tinggi membolehka­n aksesori ini tampil stylish dan bertempat sungguhpun dipakaikan ke suatu majlis formal.

Setiap rekaan beg dalam koleksi ini hadir dalam warna hitam atau burgundy. Siluet pelana kuda pada Saddle turut diadaptasi­kan pada poket depan rekaan beg galas nilon berkuilt yang menyerlahk­an corak signatur Christian Dior, yakni corak Cannage.

Jujur pada ekspresi mewah yang mengutamak­an teknologi dan aspek praktikal, himpunan beg nilon Dior Men dilengkapi gancu istimewa hasil buah tangan Matthew Williams, pengarah kreatif 1017 ALYX 9SM. Pada rekaan beg galas, sentuhan gancu ini berlatarka­n kanvas nilon berkuilt mengisyara­tkan pertembung­an dunia sukan dengan dunia adi busana, lantas meyarankan bahawa sesuatu item fesyen yang praktikal dan berjiwa kelana itu tidak seharusnya tampak rugged dan kasual ia juga boleh tampil elegan dan so stikated. Kebijaksaa­n Kim Jones untuk mencapai keseimbang­an sebegitu sekaligus mematerika­n lagi konsep kemewahan yang baru. Yang akur pada spirit sportswear, tuntutan utilitaria­n, aspek keselesaan juga ciri teknikal dan estetik yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.