GRADUASI SEKOLAH ALFRED HELWIG

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Kebiasaann­ya, jam tangan yang digarap polos lagi terperinci menjadi buah mulut jenama Glashütte Original. Pun begitu, tumpuannya beralih seketika pada Julai lalu bagi meraikan 14 perantis merangkap pelapis lapangan arloji yang sudah usai pengajian di Alfred Helwig. Yakni sekolah membuat jam tangan kelola rumah arloji ini sendiri. Selain daripada sepuluh pembuat jam, empat tukang alatan jam tangan juga menerima anugerah dari tenaga pengajar mereka, wakil lembaga pengurusan Glashütte Original serta wakil badan pemeriksa dari IHK Dresden. Majoriti graduan ini sudah menjawat posisi bersama Glashütte Original berdasarka­n potensi dan kepakaran masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.