MUSIM PANAS MYKONOS

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Susulan kesuksesan jam tangan siri Fusion Classic Mykonos yang dipertonto­nkan pertama kali pada tahun 2012, Hublot bersama rakan kongsi lokalnya GOFAS Jewellery membentang­kan wajah baru jam tangan Mykonos buat musim panas 2019. Mencedok inspirasi dari Laut Aegean serta Kepulauan Cyclades, jam tangan diolah lebih inovatif buat julung kalinya. Terhad kepada 50 utas, kedua jam versi emas dan titanium disertakan dengan bezel material seramik rona biru langit yang utuh. Lalu, mempamerka­n simbol ikonik Mykonos dengan paparan kincir angin berputar unik pada kedudukan jam 3. Jam tangan berdiamete­r 45 mm ini dikuasakan mekanikal penggulung­an automatik tur kronograf lantas disempurna­kan dengan tali gabungan getah serta kulit buaya dalam rona yang sepadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.