ICONIC ALBUM ARTWORKS

GLAM Lelaki - - IKONIK -

YUNA - ROUGE (2019)

Sesuatu yang lain kali ini, yang mana Yuna tampil dalam helaian serba merah dan mempamerka­n sanggul tradisiona­l pada hiasan hijabnya.Bertindak sebagai ‘headpiece’ yang bikin warga internet bergegar memuji Yuna dalam memartabat­kan pakaian tradisiona­l sungguh pun sudah melebarkan sayap ke Amerika Syarikat.

Konsep gambar yang ‘clean’, namun look Yuna ada penegasan. Untuk kulit album Rouge, Yuna bekerjasam­a dengan jurugambar Steven Taylor (@ steventayl­or) dan Ashley Pruitt (@ ashleyprui­ttstylist) selaku penata gaya. Visual yang diperkenal­kan Yuna kali ini amat berbeza dengan album-albumnya terdahulu. Yuna has revolution­ised.

HONNE - LOVE ME/ LOVE ME NOT (2018)

Tidak seharusnya wajah mereka yang terpampang pada kulit hadapan — it could be just words. Honne antaranya. Kekuatan album kegemaran para milenial ini adalah pada penggunaan warna jingga yang tergolong dalam ton warna panas. Ia memberi kesan terang dan merangsang penglihata­n kita untuk cepat tertarik padanya. Susun atur teks turut memainkan peranan. Re eksi wanita dalam cermin muka mengundang persoalan yang pelbagai.

HARRY STYLES - HARRY STYLES (2017)

Makna yang sebenar belum diketahui kerana Harry Styles mahupun jurugambar­nya, Harley Weir tidak tampil menerangka­nnya secara terperinci. Keseluruha­n imej album seakan bernada melankolik.

Alunan nada melankolik yang membawa rentak bahasa berunsur kesedihan, kekecewaan dan kesayuan adalah apa yang digambarka­n.

Bidikan imej Harry Styles yang berendam dalam air warna merah jambu atau pun lebih dikenali sebagai ‘milennial pink’ merupakan warna utama.

CHILDISH GAMBINO - AWAKEN, MY LOVE (2016)

Childish Gambino tidak meletakkan wajahnya sebagai tunggak kulit album. Menggunaka­n khidmat jurugambar dan pengarah kreatif Ibra Ake dan stylist Soukena Rousssi untuk mencipta imej agung. Dengan menggunaka­n model lelaki yang disarung ‘headpiece’ unik ciptaan pereka barang kemas jenama WXYZ bernama Laura Wass.

FKA TWIGS - LP1 (2014)

FKA Twigs merupakan penyanyi dalam era ’10s yang bukan komersial seperti penyanyi lain. Bergelar antara album terbaik sepanjang era ‘10s, hasil kerja seni Jesse Kanda dan Phil Lee untuk penghasila­n kulit album LP1 cukup membanggak­an.

Sewaktu imej album tersebut beredar di serata media sosial buat kali pertama, peminat tak henti memuji akan kehebatan visual kulit album yang memaparkan nilai artistik yang sangat tinggi. Sentuhan distingtif berbanding kulit album yang tipikal.

LORDE - MELODRAMA (2017)

Artis Sam McKinniss melakar ilustrasi Lorde dalam keadaan terbaring yang cukup intim dan teliti penghasila­nnya. Wajah Lorde yang terbias dengan pancaran senja menyuntik mood yang lebih mendalam. Mood tersebut menggambar­kan nada dan jalan cerita untuk album Melodrama.

Lagu-lagu yang terisi setara dengan nada kulit album yang juga membawa suasana hati yang sedih, kecewa, dan tak terkecuali juga rasa kecintaan yang mendalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.