TENANG TERHIDRAT

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Berita baik untuk pemilik kulit sensitif. Aesop kini memperkena­lkan losyen khas untuk memenuhi tuntutan penghidrat­an kulit anda. Aesop Seeking Silence Facial Hydrator bersifat lembut dan ringan dengan aroma kekayuan dan herba, bersifat cepat meresap ke dalam kulit. Untuk penggunaan waktu pagi dan malam, sebagai langkah menyusuli pencuci dan toner wajah anda, produk penghidrat­an ini menenteram­kan kulit sensitif, melegakan iritasi lantas mengurangk­an kemerahan, tanpa rasa melekit. Juga mengelakka­n permukaan kulit daripada mengelupas sambil mengekalka­n integriti pertahanan dan keseimbang­an kulit. Cuma sapukan sekitar wajah dan leher. Boleh didapati di mana-mana butik dan pembekal Aesop pada harga

RM200 (60 ml).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.