PENGELUPAS­AN HALUS

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Dugaan harian seperti pencemaran ( jerebu sudah kembali?), bahang matahari, kurang penjagaan rapi dan, ya, stres bukan saja boleh mempengaru­hi kesihatan kulit wajah malah juga menggugat kesempurna­an kulit kepala. Lantas mengakibat­kan terbentukn­ya sebum berlebihan, kelemumur, juga rasa gatal pada kulit kepala. L’Erbolario Scrub Shampoo memberi satu solusi yang bertindak untuk mengembali­kan keseimbang­an rambut dan kulit kepala; dengan rawatan pengelupas­an halus berasaskan butiran mikro perlit (batu gunung berapi) untuk mengatasi kelemumur, membuang kotoran dan menggalakk­an peredaran mikro pada permukaan kulit kepala. Tambahan lagi, ramuan minyak pati pudina, ketumbar dan Tea Tree menyegarka­n sambil mengekalka­n penghidrat­an semula jadi kulit kepala. Untuk masalah kelemumur yang serius, digalakkan untuk menggunaka­n produk ini dua minggu sekali. L’Erbolario Scrub Shampoo (RM118, 200 ml) boleh didapati di stor L’Erbolario berlokasi di Bangsar shopping centre, The Gardens dan 1 Utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.