HARUMAN PILIHAN JFK

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Eight & Bob, jenama Peranchis yang diasaskan pada awal kurun ke-20 oleh anak seorang bangsawan, Albert Fouquet, punya sejarah yang cukup sinematik. Setelah mencipta haruman signaturny­a sendiri, Fouquet enggan memasarkan haruman itu biarpun ia mendapat pujian ramai. Fouquet lebih berpuas hati sekadar berkongsi produknya itu bersama rakan-rakan sosialitny­a. Namun, momen bertemu dengan bakal presiden Amerika, John F. Kennedy sewaktu bercuti di Côte d’Azur merubah segala-galanya. Menyukai wangian yang dihadiahka­n oleh Fouquet kepadanya setelah pulang ke Amerika, JFK mengutuska­n agar Fouquet menghantar­nya lapan sampel haruman itu, termasuk “satu lagi untuk Bob”, adiknya. Kurang jelas dengan permintaan JFK, Fouquet pun menghantar satu kotak besar bekalan harumannya, setiap satu dilabelkan “Eight & Bob”. Tiba di Amerika, haruman Fouquet itu langsung menjadi popular sehingga mendapat perhatian bintang-bintang Hollywood.

Pabila tercetusny­a Perang Dunia Kedua pula, pembantu Fouquet telah menebuk lubang di dalam buku-buku koleksi mereka untuk menyorok botol-botol wangian itu kerana khuatir bakal dirampas pihak Nazi. Maka kini, wangian asal itu, yang dinamakan The Original, dibungkusk­an di dalam sebuah buku sebagai rujukan terhadap sejarahnya. Satu wangian klasik nan elegan ideal buat lelaki so stikated, The Original menampilka­n nota atas Pink Pepper, buah pelaga dan lemon, nota tengah dedaun Violet, labdanum dan kayu kering, lalu diakhiri nota asas Sandalwood, Vetiver dan ambar. Eight & Bob The Original EDP berharga RM659 untuk 50 ml dan RM949 untuk 100 ml, dan boleh didapati di Ken’s Apothecary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.