TRILOGI LE GEMME

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Tahun ini, Bulgari Fragrances menambah tiga ahli baru kepada rangkaian wangian mewah mereka, Le Gemme. Dikhaskan buat si pria, setiap wangian dalam trilogi ini berasaskan haruman kesturi dan berilhamka­n warna juga ciri- ciri yang dipegang oleh beberapa batu permata paling nadir di dunia, yang turut menghiasi setiap satu botol haruman ini. Misalnya, Opalon menggambar­kan suasana pagi di Rom, dengan ekspresi nota kesturi putih dan Neroli, penutup botolnya bertatahka­n batu opal Australia. Falkar pula melakarkan kehangatan Timur Tengah dengan nota safron, setanggi dan oud, inspirasin­ya lahir daripada batu mata falko Brazil. Yang terakhir, Yasep menterjema­hkan ciri- ciri kekuatan, stamina dan ketahanan yang diwakili batu Jasper merah Madagaskar dengan nota-nota lada Sichuan, Sandalwood dan kekayuan kesturi. Setiap wangian Bulgari Le Gemme ini berharga RM1,361 (EDP 100 ml).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.