INTERPRETA­SI TERKINI ROADSTER IKONIK

GLAM Lelaki - - INDEKS AUTO -

BMW Malaysia merungkaik­an roadster terbaru, BMW 4 dengan pende nisian semula DNA roadster ikonik yang disempurna­kan bersusuk rekaan serba moden berbalas kontempora­ri. Berasaskan siluet klasik yang renek dan mengunjur, BMW Z4 terbaru ini ditawarkan di Malaysia secara eksklusif menerusi trim ‘M Sport’. Hadir memukau dengan impresi eksteriorn­ya yang menawan, jentera ini diberi peningkata­n dalam saiz kepanjanga­nnya sebanyak 85 mm (4,324 mm) dengan kelebaran sebanyak 74 mm (1,864 mm). Di samping, peningkata­n pada paras ketinggian­nya sebanyak 13 mm (1,304 mm) berbanding edisi terdahulu. Menggabung­kan kelebihan serba lasak dengan pelbagai ciri- ciri serta aspek keterhubun­gan canggih seperti ‘BMW Live Cockpit Profession­al’ dan ‘BMW Digital Key’, BMW Z4 ditawarkan dengan varian BMW Z4 sDrive30i M Sport. Berkemampu­an mencecah kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.